“Abrielle Dominique's Blog”
June 2013
When Tomorrow Comes 3
Wednesday, 5 June 2013 || 20:24
Kami semua mengenakan short dan t-shirt. Hanya Prachtisyha yang memakai denim. Aku memakai sleveless Spiked High Low Top berwarna navy dan short paras peha berwarna putih. Stephanie dan Melanie masing-masing mengenakan short paras peha berwarna hitam dengan t-shirt lengan pendek bertulis 'XOXO' di bahagian depan. Giordana pula memakai short paras peha berwarna navy dengan High Low Top berwarna grey. Prachtisyha memakai denim berwarna biru gelap dengan sleveless top berwarna hijau muda.
Aku berjalan beriringan dengan adik-beradik kembar Stephanie dan Melanie. Mereka betul-betul ramah. Tiba-tiba perbualan kami terhenti apabila Giordana bersuara perlahan dari belakang, "Girls, look! How hot he is!" Giordana menunjukkan kami lelaki yang dimaksudkannya itu.
Kami semua memandang lelaki itu.
"Ouch." aku bersuara.
"Why?" Stephanie bertanya.
"He's hot." aku menjawab nakal.
Riuh mereka ketawa.
"Aww. So sweet." komen Melanie apabila lelaki itu memujuk seorang kanak-kanak perempuan yang menangis kerana terjatuh.
Kami semua diam tidak berkutik apabila melihat lelaki itu bercakap dengan seorang perempuan. Lama mereka berbual dan kami hanya tercegat di cermin kaca yang ada di sekeliling tingkat dua, memerhati mereka berbual.
"Let's go. There is sale at Call It Spring!" Prachtisyha bersuara tiba-tiba.
Kami semua memandangnya. Dia menunjukkan muka surat katalog yang diambilnya sebaik sahaja kami masuk ke Manhattan Mall tadi. Call It Spring is having 50% off.
Aku mengerutkan kening. Call It Spring? Aku belum pernah dengar jenama itu.
"It's footwear boutique." terang Prachtisyha apabila melihat aku yang seperti blur.
Aku mengangguk. Oh, baru aku tahu.
Kami terus ke butik Call It Spring. Bila mendengar sale, terus mereka semua jadi lupa pada lelaki kacak itu. Aku pula, hanya mengikut mereka. Berjalan menuju ke butik Call It Spring.
Aku mengambil tempat di sofa yang berhadapan rak Farinnet yang berwarna gold. Penat berdiri menunggu Giordana dan Stephanie memilih kasut mereka. Melanie dan Prachtisyha pula sedang sibuk memberi komen tentang kasut yang Giordana dan Stephanie cuba. Macam-macam yang mereka komen. Itu tak kena lah, ini tak kena lah. Nasib baik aku senang sahaja memilih kasut. Aku memilih Arsenia berwarna biru laut dan mereka tak memberi komen yang banyak tentangnya kerana flat sandals itu sangat ringkas.
"Excuse me, is this anybody's place?" tanya suatu suara lembut.
"No. You may sit." aku menjawab perlahan sambil tangan mengalihkan kotak-kotak kasut aku, Melanie dan Prachtisyha untuk memberi tempat duduk kepada pemilik suara itu.
Dia melabuhkan punggung dan bau perfume Dolce & Gabbana menusuk hidungku. Sedap baunya. Bau lelaki dan maskulin. Baunya lebih kurang dengan bau perfume Giorgio Amani Daniel Ariff.
"Who are you waiting for?" terdengar dia bertanya.
Ramah pulak lelaki ini. Getusku. "My housemate."
"Oh. I'm waiting for my sister and her daughter. There they are." jari telunjuknya lurus ke bahagian kanan sebelah rak Farinnet, rak Ysabell.
Aku memandang arah yang dia tu tunjuk . Eh? Perempuan yang dan kanak-kanak yang ada dengan lelaki kacak tadi. Aku terus memalingkan wajah, memandang lelaki yang duduk disebelahku ini. Oh my!
"Why?" dia bertanya, pelik.
Aku menggeleng perlahan. Pandangan segera aku alihkan dari wajahnya. Kacak betul. Berambut blonde, bermata biru, pucuk hidungnya mancung dan bibirnya seksi. Betul-betul buat aku terpegun.
"Is that your niece?" tanyaku. Cuba mengalih suasana yang kurasakan agak janggal.
"Yes. She is just 4 years. Her name is Adriana Smith."
Baru aku nak membuka mulut, satu suara yang aku kenali dah mencantas dulu. "We need to go to other shop. We have a lot of things to buy. Bye."
Aku mengerling Prachtisyha tajam. Memandai aje dia! Dia ni, memang lah. Kalau ada sale, Robert Pattinson depan mata pun dia tak hairan. Baru tiga hari kenal, aku dah tahu dia macam mana dari kuantiti barang dia yang ada dalam bilik kami. Mesti shopaholic habis!
"Okay then. Sorry for taking your time. Anyway, my name is Zarich Smith. Nice to see you."
Aku mengangguk dan terus aku mencapai kotak kasut yang aku letak di lantai tadi. Hendak membayar harga kasut sebelum terus membeli-belah.
-----
Hari pertama ke kelas. Aku memakai Colar Top berlengan pendek berwarna putih dan aku tuck in ke dalam skirt atas lutut yang berwarna hijau. Macam budak sekolah pula! Aku tergelak sendiri. Rambut aku sisir rapi. Mengemaskan belahan rambut sambil aku tersenyum sendiri di depan cermin. Selepas itu, aku melangkah keluar dari bilik.
Membiarkan Prachtisyha dengan tidurnya yang nyenyak kerana dia langsung tak terjaga ketika aku bangun dari tidur, mandi mahu pun bersiap. Semalam, dia menonton The Day After Tomorrow sehingga jam 3 pagi. Entah apa yang dia suka dengan cerita tu.
Aku pergi ke universiti bersama dengan Melanie. Hanya kami berdua yang mengambil jurusan seni bina di rumah itu. Stephanie mengambil jurusan seni grafik, Giordana mengambil jurusan Physicians and Surgeons manakala Prachtisyha mengambil jurusan undang-undang. Tak sangka aku gadis seceria Prachtisyha meminati bidang guaman.
"It's okay. Melanie and I will go to cafeteria first. You can meet us there. Then, we can go to the Butler Library together." perlahan aku bersuara di iPhone dengan tangan kiri mengemas Macbook Air.
"Okay." sambut Giordana. Dia hendak ke Butler Library dan mengajak aku dan Melanie untuk turut serta. Hanya kami bertiga yang ada kelas pagi ini. Itu pun, kelas aku dan Melanie bermula jam pukul 8 pagi dan tamat pada 11 pagi. Kelas dia pula, bermula jam 9 pagi dan tamat pada jam 11 pagi.
Aku memutuskan talian dan menyimpan iPhone ke dalam poket beg galas Gucci yang aku bawa. Pemberian dari Imran apabila tahu yang aku mendapat tawaran dari INTEC. Katanya, boleh dibawa pergi ke luar negara nanti.
Aku berjalan turun dari tempat yang aku sepanjang tiga jam tadi. Aku duduk jauh ke atas berbanding dengan Melanie yang hendak duduk di hadapan. Aku selesa belajar dari jauh, sebenarnya. Iphone berbunyi dan cepat aku mengeluarkannya. Whatsapp dari Imran.
Aku mengerutkan kening. Kenapa pula ni?
"Ouch." aku terjerit. Sakit bahu dan bagus lah, iPhone aku dah nampak macam jahanam. Skrinnya retak akibat terbaling kerana tuannya terjatuh di tangga dewan kuliah.
"Sorry. I am in hurry." katanya dari belakang.
Aku memandangnya, dia sedang mengemas Macbook Air dan buku-bukunya.
"Excuse me, sir. But you have broke my iPhone." aku bersuara.
Lama aku menunggu dia memberi jawapan tetapi dia diam.
"Am I the one who broke your iPhone?" tanyanya dari belakang. Mungkin dia baru melihat iPhone aku yang ada di atas lantai dengan skrin yang retak.
"Yes!" suaraku naik satu oktaf tinggi.
"I am sorry. I will replace it as soon as possible." dia sudah berada di sebelahku.
Aku memandang tepat ke wajahnya dan, "You?!" serentak kami bersuara.
Mungkin aku tidak perasan lelaki kacak ini yang berbual denganku di Call It Spring ialah lelaki yang sama melanggar aku, kerana tadi dia menunduk mengemas barang-barangnya.
"I will replace it today. This evening. Can we meet at, Manhattan Mall around 5 p.m today? We didn't have class for this evening." dia bersuara.
Aku mengangguk laju. iPhone itu lah satu-satunya telefon bimbit yang aku ada. Entah macam mana aku hendak berhubung kalau tiada iPhone.
"Okay. I will wait at Call It Spring. The place that we talked last day." katanya dengan senyuman manis terhias di bibir.
Aku mengangguk.
-----
Siapa sangka yang aku sudah punya teman lelaki setelah dua minggu berada di sini? Hubunganku dengan Zarich betul-betul berubah selepas kejadian dia melanggar aku. Kami berjumpa di Call It Spring dan kami bersama-sama pergi ke Gizmobies untuk membeli iPhone baru untukku.
Aku sebenarnya tidak perlukan iPhone baru, aku cuma perlukan duit untuk membaiki skrinnya. Tetapi Zarich beria-ia hendak menggantikan iPhone 4 aku yang retak dengan iPhone 5 yang baru keluar.
Selepas membeli iPhone, kami pergi ke Starbucks kerana Zarich lapar. Kami makan bersama dan berbual tentang diri masing-masing. Tak sangka selepas itu, kami terus berbual sehingga lah dia menghantar aku pulang ke rumah sewaku.
Esoknya, di kelas, dia mengambil tempat di sebelahku. Sejak itu, kami menjadi lebih rapat dan akhirnya dia mempelawa aku untuk menjadi kekasih hatinya. Belum pun aku sempat menjawab soalan itu, Melanie dan Giordana sudah menjawabnya untuk aku. Iphone aku dirampas mereka dan Melanie menaip. "Yes, honey."
Memandai aje! Sejak bila aku panggil Zarich 'honey' pula? Betul-betul miang budak berdua tu!
"Hey honey." kata Zarich sebaik sahaja tiba di meja makan kami.
Aku berpaling padanya, dia mengambil tempat di sebelahku. Aku memaut lehernya dan dia memaut daguku dan kami berkucupan. Sudah menjadi kewajipan apabila kami baru bersua.
Melanie dan Eoin Macken yang berada di hadapan kami hanya tersenyum.
Ada lagi tiga pasangan yang belum sampai. Mereka belum habis kelas agaknya.
Melanie bercinta dengan pelajar tahun ketiga jurusan Political Science. Ketika dia awal-awal berkenalan dengan Eoin, aku dan Zarich lah yang terpaksa menemaninya berjumpa dengan Eoin.
Stephanie pun begitu. Pelajar tahun ketiga, jurusan Ancient Studies. Nama teman lelaki Stephanie ialah Aydan Wilson. Kacak dan menggoda orangnya. Tapi, tak lah sekacak Zarich yang di sisi sekarang ni.
Giordana pula bercinta dengan lelaki British yang bernama Rusell Tovey. Pelajar tahun kedua jurusan Ecology, Evolution and Environmental Biology . Entah macam mana mereka boleh berkenalan, kami semua hanya tahu mengenainya apabila Rusell datang ke rumah sewa kami di Manhattan.
Siapa sangka yang Prachtisyha sekarang mempunyai teman lelaki warganegara Malaysia? Terkejut aku ketika pertama kali bersua dengannya. Sangkut pula mamat tu dengan Prachtisyha Nepal ni. Namanya, Zainal Amin. Pelajar Anthropology tahun pertama. Memang Ain sesuai betul dengan Prachtisyha. Mereka sama-sama riang ceria. Aku pula yang terlebih bahagia melihat mereka!
Kesimpulannya, setelah setahun kami di sini, masing-masing sudah punya teman lelaki.
Labels: When Tomorrow Comes
When Tomorrow Comes 2
Tuesday, 4 June 2013 || 21:42
Aku
berbaring dengan senyuman lebar terukir di bibir. Sungguh aku bahagia. Boleh
dikatakan, sangat bahagia. Malam ini ialah malam terakhirku di Malaysia. Aku
akan berlepas ke New York pada esok hari, pada pukul 8:30 pagi. Aku dah tak
sabar-sabar nak sampai di sana. Tak sabar-sabar nak belajar di negara orang
pula.
Bunyi Xylophone yang datang dari iPhone yang aku letak di
atas meja belajar buat aku mengeluh. Haih, baru nak berangan kejap. Dah ada
yang menganggu. Aku bangun dengan malas dan tangan aku terus mencapai iPhone.
Whatsapp dari Daniel Ariff. Apa pula mamat ni nak malam-malam macam ni?
Assalamualaikum. Just a lil reminder for my dear beloved
classmate.
I wish you the best for your studies in NYC. Please have
Brilliant certificate for each project and plan. Please focus for the angle at
the second living room and the bathroom. Please fix your bugs with calculus.
You really need to expert in calculation of area, angle and width. Don't afraid
to use your creativity, take a risk or you will never know what is the best.
Find something different and use it in every single project. Make it as a sign
of Amal Hanani's creation.
Take care. Take care of your health, studies, and of course,
your Iman. Hope to hear from you soon. 4 years is quite short, I can't wait to
see you be the most talented architect.
Terharu aku dengan pesanannya. Pesanan seorang ketua yang
sangat cekap dalam menyiapkan kerja dan mendidik anak buahnya. Memang betul
kata Puan Julia, Daniel Ariff terlalu sempurna untuk segalanya. Dia sangat
cekap dalam kalkulus, daya kreativitinya sangat tinggi, citarasanya dalam
setiap binaan yang dilakukan, jelas menunjukkan bahawa binaan itu dilakukan
oleh seorang yang ringkas tetapi sangat berkeyakinan.
Tak hairan lah semua pensyarah yang masuk ke kelas kami,
lasti akan memuji Daniel melangit-langit. Sekali lagi, betul kata Puan Julia,
masa depannya dah terlihat begitu cerah. Aku juga sebenarnya beruntung, berpeluang
membuat projek bersama dengannya dan belajar untuk mengembangkan daya
kreativitiku. Kalkulus, jangan cakap lah. Dia sentiasa mengajarku. Betul-betul
seorang ketua yang sangat berdedikasi. Aku betul-betul beruntung berkesempatan
belajar dengannya.
Waalaikumussalam. For your information, your lil reminder is
not just a reminder, it is such a precious gift.
I'm glad to have a friend like you. Thanks for your wish and
also please pray for me and my studies. I will try my best to fix all my bugs with
calculus, angle and bla bla bla. Thanks for your concern.
I wish you 'good luck' for your further studies in Germany.
May Allah bless. Take care and please, don't forget to smile.
Make love not war. Peace. :)
Aku slide send dan pesanan itu selamat sampai kepadanya.
Betul. Dia sangat berbakat. Moga-moga aku akan menjadi sepertinya bila tiba di
New York nanti. Sangat berkeyakinan dan terus berkembang dari masa ke semasa.
Tak sangka aku ada kawan sebaiknya dalam masa 3 bulan ini.
Sangat prihatin dengan kelemahanku iaitu mencari sudut yang tepat dalam ruang
yang kecil juga beberapa masalah kalkulus. Semoga dia akan terus berkembang
maju dalam bidang seni bina ini.
-----
Aku tersenyum kepada mama dan papa. Mama menangis dan papa
hanya tersenyum sahaja. Bagaikan langsung tak kisah. Nak kisah apanya? Dia
masih ada empat orang anak lain yang perlu dia risaukan. Anak-anak yang masih
perlukan belaian dan duit yang banyak untuk menanggung mereka. Adik-adik tiri
yang aku tak pernah tahu nama dan hanya setakat mengecam wajah mereka, langsung
tak ada di sini. Bagus lah, aku tak mahu jumpa mereka. Aku betul-betul tak
sukakan mereka. Isteri kedua dan ketiga papa, seorang pun aku tak berkenan!
Mengada-ngada!
Aku memeluk mama erat. Aku akan rindukannya walaupun kasih
sayangnya kepadaku hanya secebis jika hendak dibandingkan sayangnya kepada
butiknya di Damansara. Bila aku nak berlepas ke New York, baru dia menunjukkan
bibit-bibit kasih sayangnya. Itu pun bibit kasih sayang yang buat aku bengang.
Kasih sayang yang menghalang aku untuk pergi ke New York.
"Mama take care. Jaga butik tu elok-elok. Mana ada anak
lain dah selain butikntu. Anak yang ni nak pergi NYC dah." aku mengusik
mama dan mama tergelak kecil.
Kepalaku diusapnya perlahan. "Amal jaga diri. Mama tahu
lah nak jaga diri dekat sini. Don't worry."
Aku hanya mengangguk dan aku melepaskan tangan mama yang aku
genggam sejak dari tadi.
Melangkah masuk ke dalam balai berlepas tanpa berpaling lagi.
Masa depanku di sana. Masa silamku di sini.
-----
Aku tergelak kecil dengan lawak Prachtisyha. Rakan serumahku
yang seorang ni, memang riang dan ramah mesra orangnya. Ada sahaja bicaranya
untuk buat aku ketawa. Dia seorang gadis berambut hitam keperang-perangan dan
anak matanya berwarna coklat. Tingginya hanya melepasi bahu aku. Dia seorang
Kristian yang berasal dari Nepal dan menetap di Brisbane sejak 14 tahun yang
lalu. Hanya itu yang aku tahu tentang dirinya sejak 2 hari aku tinggal bersama
dengannya di rumah sewa kami ini.
Ada lagi 3 orang gadis yang tinggal bersama kami. Giordana,
Stephanie dan Melanie. Stephanie dan Melanie merupakan adik-beradik kembar.
Berasal dari New Zealand dan menetap disana selama hayat mereka setakat
ini.
Giordana pula seorang gadis berambut merah, berdarah Itali
tulen dan menetap di Venice dari kecil sehingga berumur 15 tahun. Kemudiannya,
dia berpindah ke Indonesia kerana ayahnya ditukarkan kerja ke sana. Gembiranya
bukan kepalang apabila mendapat tawaran untuk belajar di New York. Katanya, dia
betul-betul rindukan negara barat. Dan, aku hanya tersenyum mendengarnya. Aku
sendiri pun begitu. Rindukan negara barat yang tak pernah aku jejaki sejak
kecil.
Aku mengemas pakaianku, menyusunnya ke dalam almari. Biar
tersusun dan teratur, senang aku nak ambilnya nanti. Bunyi iPhone dari atas
katil, menarik perhatianku. Segera aku bergerak ke katil yang bersaiz queen.
Mengambil iPhone yang berbunyi. Nama mama terpapar di skrin.
"Assalamualaikum sayang." sapa mama lembut di
hujung talian.
"Waalaikumussalam mama." aku menjawabnya. Senang
bila mama mengambil berat tentangku. Dulu, bila aku pulang dari sekolah, hanya
Mak Pah yang menemani aku. Dia yang akan menemani aku makan di meja makan,
mendengar segala coletehku tentang ragam kawan-kawanku di sekolah sepanjang
hari.
Petangnya pula, dia akan menemani aku di bilik tidur sehingga
aku melelapkan mata. Malamnya, dia yang akan menyiapkan beg dan bukuku apabila
aku ada kelas tuisyen. Balik dari kelas tuisyen, baru lah aku akan berjumpa
dengan mama. Itu pun kalau mama tak sibuk dengan majlis-majlis VIP. Sejak
bercerai dengan papa, mama makin berjaya dalam perniagaannya. Mama berjaya
mendapat gelaran Dato' selepas setahun berpisah dengan papa.
Bila difikirkan semula, memang betul aku berkongsi kasih
sayang mama dengan butik-butiknya.
"Dah kemas barang semua? Dekat mana ni?" mama
bertanya, lembut.
"Tengah kemas lah ni. Tak sempat nak kemas semua
semalam. Penat betul duduk dalam plane. Sekarang ni, dekat Morningside Heights, rumah
sewa."
"Housemate semua baik tak?"
"Baik lah! Prachtisyha, Stephanie, Melanie, Giordana.
Amal sebilik dengan Prachtisyha. Orang Nepal tapi dia dah duduk lama dekat
Brisbane." aku mula bercerita.
"Tak ada orang Malaysia?"
"Tak. Dah masuk kelas nanti, ada lah kot jumpa orang
Malaysia."
"Okay then. Mama nak bersiap pergi majlis Aunty Dayana
Amal tu, anak ketiga dia baru balik dari Chicago."
"Aunty Dayana? Oh. Kirim salam lah dekat Aunty dengan
Iqbal. Kalau ada Imran, Irfan, Ikram, kirim salam sekali lah." aku
berpesan kepada mama. Aunty Dayana, kawan baik mama sejak dari dulu lagi. Kata
mama, sejak dari zaman universiti lagi.
Imran, anak sulung Aunty Dayana. Dah kerja dekat Mega Triton
Holdings sebagai human resources manager. Anak kedua, Irfan. Masih belajar
dekat Paris. Lama betul dia belajar dekat sana. Kata mama, dia asyik sambung
belajar. Kerja tak pun. Anak ketiganya, Iqbal. Baru balik Chicago, jadi arkitek
jugak tu. Tua 4 tahun dari aku. Ikram, anak bongsu Aunty Dayana. Baru nak masuk
universiti tahun ni.
Imran dengan Iqbal memang baik dengan aku. Cumanya, masa aku
nak berlepas ke New York, Imran ada kerja dekat Hong Kong dan Iqbal baru dalam
flight balik dari Chicago. Aku boleh rapat dengan Imran bila dia datang duduk
rumah aku masa dia kecil-kecil. Aku pun kecil lagi masa tu. Tapi, boleh ingat
lah yang kami sama-sama lari pergi main buaian dekat depan rumah. Dia duduk
situ sebab mama papa dia sibuk, macam aku jugak.
Iqbal pulak, mungkin sebab dia sebaya dan dia banyak cakap.
Buat aku rajin nak pergi beramah mesra dengan dia. Dia pun rajin nak beramah
mesra dengan aku. Selalu singgah rumah untuk lunch sama-sama dengan aku yang
baru balik sekolah masa tu.
Tengah aku syok teringat dekat Aunty Dayana dan anak-anaknya,
Prachtisyha masuk.
"Why?" aku bertanya apabila melihat dia tersenyum
lebar.
"Come. We want to go to Manhattan Mall. Let's join
us." ramah Prachtisyha mengajakku.
"Okay." cepat aku memberi persetujuan. Teringin
jugak nak tengok shopping mall dekat New York ni.
Labels: When Tomorrow Comes
Something.. UNDERNEATH 2
|| 21:31
Sebaik sahaja kaki menjejakkan tanah bumi
Malaysia, terus aku hirup puas-puas udara yang berada di sekelilingku. Rindu.
Sebelas tahun lamanya meninggalkan Malaysia tanpa sekali pun pulang. Wajah baba
dan mama aku lihat, gembira sekali. Mungkin gembira kerana kali ini mereka
pulang bersama anak bongsu kesayangan mereka.
**********
Satu persatu wajah di ruang tamu itu, aku
pandang. Semua wajah di sini, masih aku ingat dengan baik. Apatah lagi
wajah-wajah sepupu baba yang seringkali ber'skype' denganku apabila ada masa
terluang. Satu demi satu tangan aku salam dengan penuh hormat. Masing-masing
kelihatan gembira sekali. Setelah lama tidak berjumpa, siapa yang tak gembira?
Natasha Nureen di hadapanku aku pandang lama
dengan senyuman di bibir. Sepupu yang sama umur denganku, yang paling rapat dan
juga yang berkongsi minat yang sama.
"Yna!" jerit Tasha lantang. Kami
berpelukan, lama. Aku tahu dia menangis. Belakangnya, aku usap perlahan. Sudah
lama kami tidak berjumpa, hanya sekadar 'skype'.
Penat aku berjalan di sekitar Sungai Petani.
Dah banyak yang berubah. Jalan pun makin sibuk. Ramai betul orang sepanjang aku
membeli-belah dengan Tasha sebentar tadi.
"Diaorang semua balik bila?" ramai
lagi yang tak sampai dekat Kedah ni sebenarnya.
"Malam ni diaorang sampai. Diaorang
bertolak tengahari ni."
"Awal kau balik. Tak ada kelas ke?"
"Ada. Esok, pukul 12 tengahari. Ni, aku
balik pun sebab nak jumpa sepupu aku yang dah sedekad tak jumpa." Tasha
tersenyum sambil mengerling aku. Memang betul pun dah sedekad tak berjumpa.
Sedekad dan setahun, tak berjumpa.
Aku dan Tasha meniarap di atas katil.
Sama-sama menonton 'The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2' di Macbook Air
milik aku. Dah berkali tengok, tapi tak pernah bosan. Masih tersenyum bila
tengok Edward ajar Bella cara nak berburu, masih tergelak bila tengok Bella
marah Jacob sebab imprin Renesmee. Keterujaan yang tak pernah berubah walau
tengok beribu kali.
"Diaorang dah sampai. Turun lah."
suara Aiman di muka pintu mengejutkan kami berdua. Aku terus menekan 'space'
untuk 'pause' filem kegemaran yang sedang ditonton.
"Kacau lah. Tak boleh nak feel."
rungut Tasha lalu turun dari katil sambil tangan laju mengemaskan rambut yang
sedikit bersepah akibat meniarap sebentar tadi.
"Kejap lagi kita sambung. Don't
worry." aku turun dari katil sambil tangan mencapai pengepit rambut yang
ada tepi macbook. Harus lah dikepit rambut ni, kalau tak serabut je nak
bersalam dengan rambut panjang macam ni tanpa dikepit.
'Ramainya!' Dah lama tak tengok keluarga
berkumpul dan akan mengakibatkan jumlah yang sebesar ini. Ada dalam 20 orang
yang baru sampai. Aku dan Tasha turun beriringan sambil senyuman manis di
bibir. Semua orang kami salam, yang ibu saudara baba, cium pipi aku. Ya,
nampaknya semua rindu dengan aku. Ada jugak dua tiga orang yang aku tak kenal.
Tak ada makna dua tiga orang, dalam sepuluh orang jugak aku tak kenal rasanya.
Rasanya, diaorang pun tak kenal aku jugak sebab nampak sangat diaorang
'awkward' nak balas senyuman aku. Uh, tiba-tiba aku rasa terasing pulak sebab
ramai yang tak kenal aku dan ramai yang aku tak kenal.
"Tak nak makan?" Aunty Juliana tanya
aku masa aku nak pergi masuk dapur. Masa tu, keluarga Aunty Juliana tengah
makan dekat ruang makan. Banyak betul meja dekat ruang makan ni. Ada lah dalam
5 meja yang ada 6 kerusi setiap satu. Ye lah, keluarga besar kan? Kena lah meja
pun banyak jugak. Tapi, tak kisah lah sebab tingkat 1 ni memang untuk ruang
orang makan je, dengan dapur. Tingkat 2, tempat lepak-lepak keluarga, tempat
tetamu. Tingkat 3, baru bilik. Dalam rumah ni ada 6 bilik tidur dan 6 bilik
air. Rumah renovate 100% kan? Tak adah hal lah nak buat macam mana pun.
"Dah makan dengan Tasha tadi." aku
senyum dekat dia lepas tu terus masuk dapur. Aku ambil air dan tuang ke dalam
gelas. Sementara nak habiskan air, aku duduk dulu dekat kaunter yang ada tak
jauh dari peti ais. Aku terus buka tudung kaca yang lutsinar bila tengok ada
kek coklat yang dah dipotong sebahagiannya ada bawah tudung tu. Capai sepotong,
letakkan dalam piring yang memang dah tersedia dekat tepi kek coklat ni dan
ambil sudu yang memang dah ada sebelah piring. Nampak sangat, memang nak suruh
orang makan. Duduk dan terus makan! Tak payah susah-susah nak pergi ambil
piring, sudu segala. Lama betul aku tak makan kek coklat macam ni. Asyik makan
cheesecake je dekat mana pun. Jangan cakap New York, Dubai pun sama naik je.
Cheesecake ada merata!
"Give me a slice, please?" aku
pandang lelaki tu. Tinggi. Berkulit sawo matang dan wajahnya nampak manis
dengan senyuman.
"Take it." laju tangan aku
mengangkat tudung kaca.
"Er, can I know, who are you? I never see
you before. I don't mean to be rude." lelaki itu tersenyum lalu mula
menyuap potongan kek coklat yang ada di dalam piringnya dengan sudu.
Dan, ya, terasa asing! Senyuman aku pamerkan
kerana tak mahu dia serba-salah. "Kenal tak Encik Mohamad Zarif? I'm his
daughter. The youngest."
"Oh. Abang Zarif. I'm his cousin's son. I
don't know that he had a second daughter. I thought he just had one."
"Who are your father? I live with my
mother in Milan, before." aku cuba terangkan sebaik mungkin. Aku rasa dia
takkan faham kisah hidup aku yang berbelit-belit ni. Tapi, tak apa lah.
Bukannya penting pun kisah hidup aku untuk dia tahu. Tak menarik pun, malah,
lagi banyak pelik. Aku tanya siapa ayah dia sebab aku rasa, aku kenal ayah dia.
Orang yang dah umur sebaya baba, memang aku kenal sebab masa aku kecik-kecik,
aku selalu pergi rumah diaorang dan diaorang sepupu baba. Mesti lah, aku kenal.
Yang muda-mudi macam lelaki depan aku ni, yang aku tak kenal. Mungkin sebab
masa tu, diaorang dah besar sikit dari dan aku tak rapat dengan diaorang. Bila
dah besar sikit pulak, aku dah pindah Milan.
"Hanafi."
"Oh. I knew him! I always go to his house
when I was young. But, yeah! When I am 9 years old, maybe, he move out to
Australia. Right?"
"Yes. We move out around January in 2007
and move in back around September in 2014."
"Ouh. I go to Milan to live with my
mother in 2011. I did not return to Malaysia after that. You know, this is the
first time I returned after eleven years I live abroad." rancak aku
berbual dengannya. Bagaikan dah lama berkenalan. Sebenarnya, bukan lama
berkenalan tetapi dia salah seorang keluarga aku dan aku selesa berbual
dengannya. Aku tersenyum padanya. Hidungnya mancung, bibirnya merah dan nipis,
matanya redup, dan ya, dia sangat kacak. Completely, he is my taste! Tiba-tiba
miang aku dah datang. Hahaha, aku gelak dalam hati. Apa lah, dengan keluarga
sendiri pun nak menjadi aku ni. Mana nak campak Brayden yang paling kacak bak
kata madre mia tu? Dan, tiada siapa dapat menafikan kenyataan itu. Sememangnya
Brayden lebih kacak berbanding dengan lelaki di hadapanku ini. Rambutnya
blonde, matanya bewarna hijau.
**********
"He's got blonde hair and green eyes! He
is amazing!" terjerit Amira di sebelah kiriku. Aku tergelak. Wallpaper
Macbook kami tatap lama. Wajah Brayden dan aku jelas terpampang disitu. Brayden
memakai t-shirt berwarna hitam dan jaket berwarna kelabu bersama skinny jean
berwarna hitam. Rambutnya gaya cool mohawk. Manakala aku memakai t-shirt putih
dan dikenakan dengan jaket pendek paras pinggang bewarna coklat muda yang
berlengan panjang dan kolarnya bertakuk berduri yang bewarna keemasan. Aku
memakainya dengan skinny jean bewarna hitam. Rambut blonde yang pada masa itu
masih hanya paras dada, aku lepaskan dan meletakkannya sebahagian daripadanya
di hadapan belah kiri dan belah kanan manakala yang lain di belakang. Latar
belakang gambar itu ialah Eiffel Tower. Ketika itu, kami bercuti bersama dengan
beberapa orang sepupu kami yang lain.
"He's got blonde hair and green
eyes." perlahan Liyana yang berada di sebelah kananku pula memberi komen.
Ayat yang sama dengan Amira.
"He is Italian, it's normal." aku
pantas menjawabnya.
"Yeah, I know! I want him!" jerit
kedua dua mereka, serentak.
Aku tergelak. Brayden, tiada siapa yang dapat
menafikan kacaknya dia. Kebaikan dan keramahannya memikat hati semua orang
terutama madre mia. Brayden, anak kesayangan dan satu-satunya anak Aunty
Agnella. Wajahnya seiras dengan Aunty Agnella sebagaimana aku seiras dengan
madre mia. Lain pula ceritanya dengan anak anak Aunty Abriana, wajah mereka
tidak seiras dengan Aunty Abriana. Rambut mereka juga tidak bewarna blonde
sebagaimana rambut aku dan Brayden. Rambut mereka bewarna perang dan mata
mereka bewarna coklat. Tidak seperti aku yang mempunyai sepasang mata bewarna
biru mengikut madre mia dan nonna. Manakala Brayden mempunyai mata bewarna
hijau mengikut Aunty Agnella dan nonno.
"Hai, anak gadis. Tak nak tolong kami
memasak ke?" sinis suara perempuan di hadapan kami. Kami tersengih. Memang
malas kami masuk dapur. Mengelat dari kerja dapur kerana kami anak dara yang
masih belum habis belajar. Lain lah dengan Amira, sudah bekerja dan bertunang
dan akan melangsung perkahwinannya bulan hadapan. Untung aku pulang ke sini,
dapat juga menghadiri majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung tidak lama
lagi itu.
"Alah, kami, kan, anak gadis. Tak perlu
lah memasak." jawab Liyana perlahan. Wajah Fatinni di hadapan, kami
pandang dengan senyuman manis yang sentiasa terukir di bibir.
"Siap kan lah dirimu dengan kepakaran
memasak. Baru boleh jadi menantu mithali nanti." Fatinni memandang aku
dengan Liyana silih berganti. Tidak ditumpukan kepada Amira kerana Amira sudah
punya bakal mertua yang senang akan sikapnya. Kami? Entah ada ibu mertua atau
tidak!
"Jom, keluar. Shopping sikit." Tasha
yang baru turun tangga dari tingkat tiga terus bersuara.
"Jom!" serentak aku, Liyana dan
Amira menjerit. Tergelang Fatinni di hadapan kami. Kami tergelak. Tak pernah
rasa bersalah kerana tidak memabantu kerana bukannya tidak ada orang gaji tapi
isteri isteri keluarga ini lebih suka memasak sendiri jika mereka berada di
rumah agam ini. Kalau semuanya sibuk, baru lah orang gaji yang akan mengambil
alih dan tukang masak mengetuai gerakan di dapur.
Aku pantas mengambil dress sleveless bewarna
hitam paras peha yang menampilkan tiga tona manik yang sedikit berkilauan di
bahagian hadapan dan kosong sahaja di bahagian belakangnya. Berleher bulat dan
menutup sehingga ke tulang yang berada di bawah leherku. Tidak terlalu terdedah
dan melampau bagiku. Manik yang sedikit berkilauan, tidak akan menyebabkan
semua mata terarah kepadaku sepanjang aku berjalan di shopping mall nanti.
Ianya juga tidak mendedahkan dada dan bagiku, itu sangat sesuai untuk digayakan
di mana sahaja. Tidak kira di New York, Milan, Dubai atau pun Malaysia. Aku
selesa berpakaian begini. Sopan dalam masa yang sama nampak elegan. Itu gayaku
kini dan di masa hadapan, kata madre mia suatu ketika dahulu. Dia yang menyuruh
aku berpakaian begini dan mengajar aku segalanya tentang kecantikan. Berjalan
lurus dan penuh dengan keyakinan, tidak perlu senyum berlebihan, hanya cukup
senyuman yang nipis. Mata mencerun jika tidak suka dan hanya guna isyarat mata
untuk menyatakannya. Tanda tegas.
Beg Prada bertali panjang berwarna cream dan
campuran merah, aku capai. Memang beg ini lah yang aku bawa sepanjang aku
berada di Malaysia 2 hari lepas. Kasut bertumit 3.9 inci aku ambil di belakang
pintu. Aku hanya membawa dua pasang kasut pulang ke Malaysia. Satunya kasut
bertumit tinggi ini dan satu lagi sandals yang bewarna kuning terang. Cadangku,
ingin berbelanja sepuas-puasnya di Malaysia bersama Tasha dan Liyana.
Kami berjalan bertiga beriringan. Amira tidak
menyertai kami kerana tunangnya akan datang ke rumah. Tadi, dia hanya duduk
melepak bersama kami sambil 'mencuci mata' dengan melihat gambar Brayden. Cepat
sahaja aku terasa. Kalau ada kekasih, memang susah nak bergerak ke? Tunang,
apatah lagi. Suami? Silap-silap, hari hari hanya memandang wajahnya. Lantas,
aku tersenyum sinis sendirian. Nyata, aku tidak perlukan lelaki yang
mengongkong hidupku. Dan, walaupun setelah bertahun kepergian madre mia, aku
tetap bahagia dengan kehadiran keluarga lain. Kehadiran Aunty Abriana dan Aunty
Agnella yang selalu menyokongku sudah cukup buat aku bahagia. Tidak perlukan
kasih sayang lelaki lain lagi.
"Shila!" jerit Liyana dan Tasha
serentak. Gadis di hadapan kami yang ingin melangkah masuk ke Starbucks itu
terus menoleh ke arah kami. Dia tersenyum manis. Aku tidak kenal gadis di
hadapanku ini. Mungkin dia kawan sekolah Liyana dan Tasha, kerana dulu, mereka
sekolah sama memandangkan Liyana tinggal bersama keluarga Tasha untuk jangka
masa yang agak lama.
"Liya, Sha. Lama tak jumpa korang."
sapa gadis itu mesra lalu terus memeluk badan Liyana dan Tasha dengan kejap
dan, lama. Dia hanya bersalaman sambil memberitahu namanya dengan aku. Aku
hanya mengangguk. Namaku disebut oleh Tasha dan dia memperkenalkannya aku sebagai
sepupu 'jauhnya'. Aku terasa. Bukankah kami rapat selama ini? Walaupun aku di
New York, tapi paling kurang 2 hari sekali, pasti kami ber'skype'.
"Alone? Let me accompany you."
seorang lelaki yang tiba-tiba datang mengambil beg kertas di tanganku aku, bersuara.
Aku hanya tersenyum memandang wajahnya. Faris di hadapan aku pandang. Nampak
santai dengan kemeja bewarna putih dan lengan kemejanya disentengkan. Seluar
slack bewarna hitam, dan ya! Dia memakai kasut kerja. Mungkin ada kerja yang
baru diuruskannya sebentar tadi.
"I'm with Tasha and Liyana, actually.
But, they are busy with their old school friend." perlahan aku
menjelaskannya. Kami berjalan beriringan dan berjalan di sampingnya, buat aku
rasa pendek walaupun tinggiku 5 kaki 8 inci. Dan, ditambah pula dengan kasut
3.9 inci ini, memang aku menjadi semakin tinggi. Tapi, berjalan di sebelahnya,
tetap buat aku rasa pendek. Kalau berjalan dengan Brayden, aku tidak lah rasa
begini kerana tingginya boleh dicantas dengan ketinggian kasut tumit tinggiku yang
4 inci. Tetapi ini?! 3.9 inci, masih belum cukup untuk menandingi
ketinggiannya.
Kami berjalan sambil berbual mengenai Tasha
dan Liyana. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang menolak tubuhku sehingga aku
hampir terjatuh dan pantas, Faris memegang tangan kananku untuk membantu aku
mengimbangkan badan kerana aku betul betul hampir jatuh dengan tolakan kasar
lelaki itu. Huargh! Aku dah lah pakai kasut tinggi ni, boleh pulak dia main
tolak-tolak. Tolak sikit boleh ampun lagi. Ini?! Buat malu aku je nak terjatuh
depan Faris, nasib baik keluarga sendiri, anak Uncle Hanafi dan, dia abang
kepada Amira. Sedikit sebanyak aku tidak lah terlalu malu kerana dia seorang
keluarga, bukannya seorang kekasih. Kalau tak, harus aku terus balik rumah naik
teksi sebab tak sanggup menanggung malu yang teramat sangat.
"Sorry." berebut lelaki itu meminta
maaf denganku. Tangan kananku digenggamnya tanda betul-betul minta maaf.
"Eh. Tak apa. Bukannya jatuh." aku
berkata perlahan sambil tersenyum nipis. Tapi, selepas itu, baru aku tersedar
yang ayatku seperti menyindirnya.
"Jangan salah faham dengan ayat saya
tadi. I mean it. It's okay." aku memperbaiki keadaan dengan ayat baru dan
terus aku menarik perlahan tanganku dari genggamannya.
"Again, my bad. Sorry." terus dia
berlalu dengan wajah yang serba salah tetapi dimaniskan dengan sebuah senyuman
yang, memikat.
"Are you okay?" Faris di sebelah,
bertanya.
"Hmm." aku hanya menjawab perlahan.
Rasa kekok berjalan apabila ditolak sebentar tadi. Rasa seperti semua orang
akan menolak sebentar lagi.
Iphone 5 pantas aku keluarkan dan aku terus
sahaja whatsapp Tasha menyatakan yang aku akan pulang dengan Faris. Tidak perlu
risau, dan tidak perlu menungguku.
"Dah?" Faris bertanya apabila aku
simpan semula iPhone 5 aku di dalam handbag.
"Done." kami berjalan beriringan
pergi ke tempat parkir kereta. Aku membeli beberapa pasang kasut bertumit
tinggi dan juga sepasang flats yang memudahkan aku untuk bergerak ke mana-mana
seperti sneakers. Sebenarnya, aku hendak membeli boots juga tetapi tiba-tiba
ada panggilan telefon dari pejabat Faris dan memintanya untuk pergi segera ke
sana. Dan, aku? Aku fikir dia akan meninggalkanku sepertimana Tasha dan Liyana
lakukan tetapi sangkaanku meleset kerana dia mempelawa, mengajak, dengan
beria-ia sekali. Motif? Jangan tanya. Aku tak tahu. Mungkin juga kerana dia
risau aku bersendirian di tempat yang aku tak biasa.
**********
"Yes, Aunty Ab. I returned to Malaysia 2
days ago. Why?" wajah Faris di hadapan, aku pandang. Dan aku
mengisyaratkan dengan tangan supaya dia masuk dahulu kerana dia ada urusan. Aku
akan masuk kemudian.
"Take care." terus dia berlalu lepas
mengucapkannya.
Aku hanya mengangguk mengerti.
Selepas beberapa lama disoal siasat oleh Aunty
Abriana kerana aku pulang tanpa pengetahuannya dan ahli keluarga yang lain, aku
melangkah perlahan masuk ke bangunan pencangkar langit yang berdiri megah
dihadapanku.
"Can I know where is Faris's
office?" terus aku bertanya selepas berbalas senyum nipis dengan penyambut
tetamu.
"Fatin will show you the place."
balasnya lembut dan seorang gadis yang manis bertudung dan berbaju kurung,
keluar dari kaunter pertanyaan dan terus menunjukkan aku jalan ke bilik Faris.
"Cik ni, nak jumpa Encik Faris. Dia
busy?" tanya Fatin kepada seseorang. Mungkin setiausaha Faris barangkali.
Dia memandangku dengan senyuman manis. Cantik orangnya walaupun badannya
sedikit gempal dan pendek. Kulitnya putih gebu dan matanya bundar. Tudung yang
dipakainya kemas. Begitu juga dengan kemeja bewarna pink berjalur coklat dan
seluar slack bewarna putih yang dipakainya.
"Busy, dia ada dekat bilik CFO. Tapi
tadi, dia ada pesan kalau ada orang nak masuk bilik dia, benarkan aje."
"Miss, can I know what is your
name?" tanya Fatin sambil tersenyum. Sopan sekali mereka berdua.
"Yna. You can just call me Miss
Yna." pantas aku menjawab. Belum sempat mereka berdua berkata apa-apa,
sudah ada suatu suara tegas yang menegur Nadia. Mungkin itu nama setiausaha
Faris kerana dia menoleh ke arah suara itu. Suara siapa? Tidak pulak aku
mengenalinya.
"Yna, come." suara tadi memanggil
namaku pula. Terus aku menoleh ke arahnya. Dia tersenyum manis. Faris! Nyata,
dia lebih 'kacak' jika bersuara tegas seperti tadi. Gatal betul aku!
"Have a sit." dia mempelawa aku
duduk bila dilihatnya aku hanya berdiri. Rasa tidak selesa untuk duduk tanpa
dipelawa sebenarnya. Aku duduk di sofa yang tersedia dalam bilik itu. Faris
pula duduk di meja kerjanya. Dia tekun sekali menaip sesuatu di keyboard iMac
dan kadangkala dia bercakap di telefon. Mata aku liar memerhati bilik yang luas
dan kemas ini. Berwarna putih dan kelabu. Sofa yang aku duduki juga begitu.
Sofanya berwarna putih manakala dua biji bantal yang ada di tepinya berwarna
kelabu. Mata aku cepat sahaja tertancap pada rak buku yang ada di sebelah set
sofa yang sedang aku duduki. Laju mataku memerhati tajuk tajuk buku yang ada di
situ. Mana tahu jika ada buku yang aku berkenan. Boleh aku membacanya untuk
mengelakkan kebosanan memandangkan iPhone 5 milikku kehabisan bateri selepas
bercakap dengan Aunty Abriana tadi. Kalau tidak, boleh aku membaca e-book.
Lantas, aku tersenyum. Aku bingkas bangun dan berjalan menuju ke rak buku itu.
Buku Nine Minutes on Monday: The Quick and Easy Way to Go From Manager to
Leader aku capai. Aku menigsyaratkan pada Faris yang aku ingin membaca buku ini
dan dia mengangguk.
Aku hanya berdiam diri apabila Faris menjerkah
stafnya kerana melakukan kesalahan. Sebenarnya, aku terkejut juga kerana sedang
aku membaca dengan tenang, tiba-tiba Faris menjerit. Mujur aku tak ada masalah
jantung, kalau tak mesti dah lama kena usung. Mataku tertumpu pada helaian buku
yang aku baca dan aku langsung tidak hiraukan kemarahan Faris. Aku hanya
membaca dengan tenang walaupun kadang-kadang dua tiga kali juga ayat yang sama
aku baca kerana terasa otak tidak menyerap sepenuhnya apa yang aku baca disebabkan
keadaan yang kacau-bilau sekarang. Perempuan itu menangis dan aku tak suka
keadaan itu. Dia menangis tanpa henti dan tersedu-sedu. Buku di tangan pantas
aku tutup. Untuk berlagak tidak ada apa-apa yang berlaku dalam pejabat itu,
buat aku rasa bersalah kerana ada seorang perempuan menangis dan tangisannya
menarik simpati aku.
"Dah. Dah. Cukup lah menangis tu. Tak ada
siapa pun nak pujuk kat dalam ni. Do the best for this, and you can go now. Oh,
yeah. Before you hand-in to your boss, check it around 2 or 3 times to make
sure that there are no mistakes. Okay?" pantas aku mengutip kertas dan
fail yang berselerak di atas lantai kerana dibaling Faris sebentar tadi lalu
aku menyerahkan kepadanya dan menolaknya keluar dari bilik Faris. Tidak mahu Faris
mengamuk lagi, dan gadis ini menangis lagi. Sudah merah matanya akibat
menangis.
"Marah tu marah jugak. Kalau dia dah
menangis, suruh dia cepat-cepat keluar. Tak rasa macam dayus ke bila perempuan
menangis depan mata dan buat bodoh je?" aku berkata perlahan tetapi aku
pasti ianya cukup kuat untuk sampai ke telinganya. Peduli apa aku kalau dia nak
marah pun? Aku cuma menasihatkan dia walaupun sebenarnya ayat aku agak kasar.
Faris mendengus kasar dan terus menekan nombor
di telefon yang ada di sudut meja kerjanya dengan kasar. Aku hanya buat tidak
tahu dan duduk semula di sofa, lalu membuka kembali buku yang aku baca tadi.
Hampir dua jam aku menghabiskan masa di dalam
bilik itu dan aku mengantuk sebenarnya. Suasana di dalam bilik ini sejuk. Cukup
sejuk untuk buat aku rasa mengantuk walaupun ianya belum cukup untuk buat aku
kesejukan. Berada di New York yang beriklim sejuk buat aku kembali ke Malaysia
dengan ketahanan suhu sejuk yang mengagumkan kerana aku mampu tidur dalam bilik
yang dibuka air-cond dan kipasnya sehingga ke pagi tanpa selimut. Sedangkan
yang lain sudah terketar walaupun berselimut.
"Faris... jom lah, teman I lunch. Lapar
ni." kata seorang gadis.
Pantas aku memandang jam Channel yang ada di
pergelangan tangan sebelah kiri. Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang. Takkan
tak makan lagi? Aku dengan Faris ni, lain lah kalau tak keluar lunch tadi pun
sebab aku tak lapar dan Faris, dia ada banyak kerja.
"Pergi je lah. Kenapa dengan you ni? I
banyak kerja lah. Tolong faham." kedengaran suara Faris yang tegas.
Wajahnya langsung tak dialihkan dari skrin iMac. Dia kelihatan tekun sekali
menyiapkan kerjanya sedari tadi.
"Please, jom lah." rengek si gadis
itu lagi.
"I banyak kerja lah Ain."
"Please..." gadis itu masih merengek
lagi sambil menghentak kakinya.
"I banyak kerja lah." Faris memberi
alasan yang sama dan aku tergelak. Pantas mereka berdua memandang aku. Faris
mengangkat kening bertanya.
"No. I'm reading something right here and
it's funny." aku memegang tinggi iPod Touch 5th Generation untuk buat mereka
yakin dengan alasanku. Sebenarnya, memang aku tergelak dengan keadaan ini.
Gadis yang dipanggil Ain oleh Faris itu seakan tidak ada malu. Sudah berkali
dia merengek, dan dah berkali juga Faris menolak pelawaannya itu. Tidakkah dia
tahu yang tindakan Faris itu sebenarnya menunjukkan yang dia tidak mahu keluar
ke mana-mana? Dia ada kerja yang banyak dan ianya perlu disiapkan hari ini
juga. Dalam hati aku mengutuk-gutuk gadis itu kerana tidak malu merengek dan
menghentak kakinya walhal ada orang lain di dalam bilik ini. Bukannya mereka
berdua sahaja. Dan, aku sememangnya tidak pernah selesa dengan gadis yang
bersikap begitu kepada lelaki.
**********
Aku melepaskan lelah di atas katil. Penat
berjalan seharian dengan Faris. Lepas dia siapkan semua kerjanya, dia mengajak
aku shopping di Queensbay. Dan, dia membayar semuanya yang aku ambil. Kerana?
Katanya, sebagai permohonan maaf dia sebab buat aku terpaksa tunggu berjam-jam
lamanya dalam bilik dia dan dengar segala benda yang tak patut. Aku gelak je
bila dia cakap macam tu. Memang tak patut pun apa yang aku dengar. Rasa macam
aku pulak yang balik negara barat. Tengok drama depan mata. Bukannya aku balik
negara timur. Niat hendak berbaring aku batalkan apabila teringat yang iPhone 5
tidak dicas lagi. Aku terus bangun dan mengambil iPhone 5 dalam beg tangan lalu
mengecasnya di tepi katil. Perut terasa lapar walhal baru tadi aku dan Faris
makan Domino's Pizza.
T-shirt berlengan pendek yang berwarna merah
aku sarungkan dan aku mengenakannya dengan seluar paras lutut berwarna putih.
Mandi? Tak payah la nak mandi malam-malam ni. Sehari sekali pun belum tentu aku
nak mandi sebenarnya kalau aku duduk New York. Itali, apatah lagi. Dua hari
sekali baru mandi sebab aku hanya hidup dalam bilik dalam banglo madre mia je.
Tidur, tengok tv, online, makan. Itu je yang aku buat kalau aku dekat Itali.
Tak ada benda lain. Tak ada jumpa sesiapa dan aku selesa tak mandi sebab aku
benci air. Dekat Malaysia, terpaksa lah mandi sebab aku selalu keluar dan orang
lain, semua mandi. Rasa tersisih pun ada kalau tak mandi.
"Makan? Bukan tadi, baru makan?"
tegur satu suara. Dia mengambil tempat di depanku. Pinggan yang berisi kek
coklat diletakkannya di atas meja. Aku kehairanan. Banyak betul kek coklat
dalam rumah ni ye? Asyik ada je. Takkan yang haritu punya tak habis lagi?
"Makan lagi. By the way, thanks sebab
belanja tadi. Dah lama orang tak belanja macam tu." aku senyum sambil
tangan meletakkan sudu dan garfu di atas pinggan. Aku dah habis makan.
"It's okay. Bukannya mahal mana pun."
memang tak mahal pun. Setakat dua tiga ribu je dia habis harini untuk aku.
Kalau syarikat tadi tu, dia punya. Memang lah dua tiga ribu tak banyak. Tapi,
kalau dia kerja, aku rasa tu agak banyak tapi kalau dia kerja CEO, no hal lah
kan setakat dua tiga ribu tu? Macam Aunty Abriana yang sanggup bayar kad kredit
aku tiap-tiap bulan dan Aunty Agnella yang akan bank-in duit dekat aku
tiap-tiap bulan yang melebihi keperluan aku. Diaorang kan, kaya. Apa nak kisah
sangat? Diaorang mengambil alih tanggungjawab madre mia sebenarnya. Lepas madre
mia meninggal, diaorang lah yang bantu aku kalau ada apa-apa. Segala keperluan
aku, diaorang yang jaga. Tiba-tiba rasa rindu pada mereka. Aku pulang ke
Malaysia tanpa memberitahu mereka kerana aku yakin mereka tak akan membenarkannya
seperti mana madre mia dahulu. Tak apa lah, malam ni aku 'skype' dengan mereka.
Aku mengambil tempat di sebelah Tasha yang
sibuk bercakap telefon. Macbook Pro aku buka dan pantas aku 'skype' dengan
Brayden apabila melihatnya online. Lama juga aku berbual dengan dia.
Menghilangkan rindu. Kami rapat. Kemana sahaja kami selalunya berdua. Dan
kadang-kadang bertiga, dengan Aris. Aku berbual pula dengan Aunty Agnella.
Bertanya itu ini. Minta maaf kerana aku pulang tanpa beritahu mereka dan
berkongsi cerita dengannya mengenai Malaysia. Aku tidak dapat berbual dengan
Aunty Abriana kerana dia masih belum pulang dari tempat kerja. Ya lah, di
Milan. Baru pukul 6 petang.
Labels: Something.. UNDERNEATH
When Tomorrow Comes 1
|| 21:25
Surat tawaran aku genggam lama. Senyuman lebar
hingga ke telinga. Sungguh aku bahagia! Gembira tak terkira.
-----
Aku mengerutkan kening. Apa hal pula ni? Macam
bermasalah je ni. Masa aku nak pergi ni, aku malas pula nak tahu, nak fikir
masalah keluarga. Wajah semuanya muram. Langsung tak menyambut kepulanganku.
Aku mendengus perlahan.
"Kenapa ni?" tanpa salam, terus aku
bertanya. Terus ke hadapan, malas hendak berbasa-basi. Aku harus mengemas
barang. Jangan sampai ada yang tertinggal nanti.
"Nak pergi jugak ke New York tu?"
soalan mama buat aku mengeluh. Hal ini lagi! Asyik-asyik ini yang diungkit
mereka. Risau sungguh jika aku tidak dapat menjaga diri di New York City tu
nanti. Tahu lah aku bagaimana hendak hidup disana. Tahu lah aku bagaimana
hendak terus berkembang disana. Lagipun, ini impianku! Sejak kecil lagi, aku
asyik termimpikan Columbia University. Aku betul-betul impikan kehidupan
sebagai seorang pelajar architecture di Columbia University, Broadway, New
York.
"Mama, berapa kali nak kena cakap. Itu
impian Amal sejak dulu lagi! Dah la, enough. Don't ever talk about it again.
It's my life and my decision." aku menjawab keras. Penuh dengan amaran dan
terus aku berlalu ke bilik. Malas hendak berlama di ruang tamu. Pasti ada
sahaja yang akan mereka cakap tentang New York. Pergaulan bebas, masalah
sosial, kos hidup tinggi, risiko keselamatan terancam dan banyak lagi! Sejak
dari hari kedua aku mendapat surat tawaran sehingga hari ke 14! Langsung tak
berhenti. Pasti ada sahaja bicara mereka yang buat aku merengus kegeraman.
Aku menghempas pintu kuat. Aku tersandar
kelelahan di pintu. Sungguh aku penat dengan kerenah mama dan papa. Entah apa
salahnya dengan impianku itu? Salahkah aku hendak pergi ke luar negara dan
melanjutkan pelajaran di sana? Salahkah aku hendak buat praktikal dan bekerja
di sana? Salahka aku mahu menetap di sana selepas ini? Tidakkah mereka tahu yang
itu impianku sejak kecil? Aku sangat terluka dengan kisah lalu, salahkah aku
hendak terus melupakannya dengan menetap di luar negara?
-----
Senyuman hambar terukir di bibirku buat mereka
yang ada di ruang tamu. Kami semua berkumpul di sini untuk majlis doa selamat
untukku berlepas ke New York dalam tempoh 4 hari lagi. Aku cuma mahu melayan
tetamu di luar iaitu kawan-kawanku dari sekolah rendah dan sekolah menengah.
Ada juga kawan-kawan dari INTEC Shah Alam. Beberapa orang kawan yang sempat aku
kenal selama 4 bulan membuat persediaan di sana.
Aku tersenyum memandang Husna, kawan dari
sekolah rendahku. Dia sedang berbual dengan Putri, kawan dari sekolah rendahku
juga. Ada dua meja yang dipenuhi dengan kawan dari sekolah rendah. Semuanya
seramai 17 orang, tak sangka ramai juga yang datang sebab kebanyakan mereka
menetap di Kedah dan bukannya Shah Alam.
"Na, bestnya cerita." tegurku
apabila merapatinya.
Dia tergelak kecil sebelum pantas bangun dan
memeluk aku. "Lama tak jumpa hang."
Aku tersengih. Betul. Sejak berpindah ke
Seremban, aku langsung tak berjumpa dengan mereka. Hanya sekali sekala berskype
dan berwhatsapp.
"Jemput la makan. Kejap lagi aku datang
sembang balik. Ada member besar datang." pelawaku dan terus berlalu dari
meja itu.
Langkah kaki aku aturkan ke pintu pagar,
terlihat keretanya tadi. Aku mahu menunggunya di sini. Biar aku orang pertama
yang menyambutnya.
"Tunggu sapa?" tanya Tasha, sepupu
yang sama umur denganku dan paling rapat denganku. Betul-betul punya kawtim
sampaikan pergi tandas dekat INTEC tu pun, sama-sama.
"Agak-agak?" aku bertanya, nakal.
Kening aku jongketkan sedikit.
"Daniel?" tekanya.
Aku mengangguk perlahan. Daniel Ariff, lelaki
yang aku minati di INTEC dalam diam. Kawan sekumpulan yang aku tak pernah
sangka aku boleh jatuh kasih dengannya. Wajahnya sangat garang, susah betul nak
senyum tetapi kalau senyum, ya ampun, manisnya tak terkira! Macam mana boleh
tahu? Semasa Puan Arfah memuji persembahan projek kami dan memuji ketuanya
iaitu Daniel Ariff, ketika itu lah dia tersenyum. Saat itu jugalah, aku mula
jatuh hati padanya.
"Tak apa lah, aku malas nak kacau. Kang
tak pasal-pasal si Daniel tu jatuh hati dengan aku, bukannya kau sebab aku lawa
sangat duduk tepi ni. Lemah iman dia! Aku pergi dulu lah. Ada Gee tu. Nak pergi
berborak dengan dia. Lagi bagus lah dari berborak dengan Daniel yang macam
bapak singa tu!" kata Tasha sambil tergelak.
Aku turut tergelak. Bapak singa? Bapak singa
yang senyumannya manis mengalahkan gula!
"Eh? Tuan rumah ke penyambut tetamu ni?
Boleh pulak berdiri dekat depan alam macam ni." sapaannya buat aku
tersengih. Baru 3 minggu tak jumpa dengan dia, dah ada yang berubah. Dia dah
tersenyum walaupun tak lah selebar mana. Tetapi, senyumannya nampak ikhlas dan
sangat sopan.
"Bukan tuan rumah, tuan majlis." aku
memperbetulkan ayatnya.
"Iye lah, lupa pulak. Encik Ahmad
Zainuddin yang tuan rumahnya kan?"
Aku hanya mengangguk.
"Dah berapa banyak bersembang ni,
salamnya mana cik adik?" usikannya buat aku termalu sendiri.
Yalah, dah banyak yang kami bualkan, tetapi
tiada siapa pun yang memberi salam. Baik dia mahupun aku.
"Jangan lah perli. Orang terlupa lah.
Human error, itu pun nak kecoh." aku menutup malu.
"Assalamualaikum." ucapnya.
"Waalaikumussalam. Jemput lah masuk. Tu
meja budak-budak INTEC kita, pergi lah join. In case, kalau nak join lah, tapi,
kalau rasa bosan, boleh lah ubah angin duduk dekat dalam."
"Duduk dekat dalam? Rasa macam menantu
pulak." katanya-katanua tak seriusnya buat aku terkedu.
Menantu? Kalau cik abang sudi, cik adik
bertambah lah sudinya! Aku menjerit di dalam hati. Indahnya kalau dia
menghantar rombongan meminang sebaik sahaja aku selesai belajar di Nea York
nanti. kalau dia pergi cari dekat New York, lagi bags! Lagi romantik!
"Kenapa?" soalnya, tiba-tiba.
"Kenapa apa?" aku menjawab soalannya
dengan soalan. Tak faham maksud soalan sebenarnya ni.
"Kenapa senyap tiba-tiba?"
"Sebab tengah berangan." aku
menjawab berani.
"Berangankan apa?"
"Berangankan Tuan Muda Daniel Ariff ni
jadi menantu bongsu keluarga Encik Zainuddin." aku tergelak kecil. Seronok
mengusiknya walhal itu perkara yang sebenar. Memang aku berangankan dia tadi.
Dia juga tergelak tetapi tak lama kerana dia
memulangkan paku buah keras kepadaku. "Kalau tak terniat takkan nak
berangan."
Aku menggeleng kepala perlahan. Mungkin aku
jatuh kasih, jatuh hati pada dia tetapi akal warasku masih menguasai minda di
bawah sedar tadi. Menguasai, mengawal dan menerapkan setebal-tebalnya kepada
dinding-dinding minda di bawah sedarku itu supaya jangan terbawa-bawa.
Pelajaran masih lagi menduduki carta pertama dalam hati dan minda ini. Apa yang
ada dengan cinta kalau sudah ada cita-cita?
Tetamu semuanya sudah beransur pulang kecuali
beberapa teman rapatku iaitu Gee, Daniel dan Fateha. Kami masih berbual di meja
tanpa ada seorang pun yang mengungkit pasal 'nak balik'. Tasha juga bersama
kami. Sibuk berbual dengan Gee, Teha dan Daniel. Cepat betul mereka kawtim. Aku
cuma mula rapat dengan mereka apabila aku ditugaskan untuk menyiapkan projek
bersama mereka dalam kumpulan yang diketuai oleh Daniel. Lepas itu, kebanyakan
kelas, aku lebih selesa berkumpulan dengan mereka apabila pensyarah memberi
kebebasan untuk memilih rakan kumpulan. Pasti aku akan memilih mereka.
"Where is the washroom?" tanya
Daniel, perlahan kepadaku.
"Come. I will show you." kataku dan
aku terus berdiri.
Kami berjalan beriringan masuk ke dalam rumah.
Namun, tiada siapa yang bersuara. Senyap tiba-tiba. Padahal di meja tadi,
masing-masing berbual tak ingat dunia. Gee dan Tasha pula bercakap macam
bertih, meletup-letup dalam kadar yang sangat cepat. Laju sahaja ayat yang
mereka keluarkan.
"Eh, aku nak solat lah." kata Gee
sambil bingkas bangun.
"Aku pun." kata Daniel sambil turut
berdiri.
"Aku boleh jamak." Fateha bersuara.
Dia hanya duduk santai tanpa menunjukkan ciri-ciri yang dia akan berdiri atau
meninggalkan tempat itu.
"Jom lah sekali. Kau nak duduk sorang
ke?" Tasha menarik tangan Fateha.
Fateha turut berdiri dan kami semua melangkah
masuk ke dalam rumah.
"Bilik sapa ni?" tanya Gee apabila
aku membuka pintu bilik.
"Bilik aku lah." aku menjawab sambil
tangan mencapai suis lampu.
"Orang tak ada. Air-cond dengan kipas
terpasang. Kau bela hantu ke?" tanya Fateha sebaik sahaja dia masuk ke
bilikku.
Aku tergelak kecil sambil menggeleng. Mana ada
hantu. Jangankan bela, tengok pun aku tak pernah.
"Dia mana pernah tutup air-cond dengan
kipas." kata Tasha sambil melabuhkan duduk di atas katil.
"Gila ah." Gee memberi komen.
"Orang kaya, kan?" Daniel mula
menyinis aku.
Aku buat isyarat hendak menumbuknya dan dia
tergelak.
"Tutup lah pintu tu. Buat apa kau
buka?" aku bertanya kepada Daniel apabila perasan dia tidak menutup pintu
bilikku.
"Aku segan lah nak tutup pintu. Nanti
orang ingat aku buat apa lah dengan budak perempuan yang bertiga ni."
"Lah. Kan Gee, ada? Dia kan laki."
Tasha menjawab selamba.
"Pengkid tu bukan mampu buat apa pun
dekat korang." selamba Daniel mencantas hujah Tasha yang tak patut tu.
"Hoi. Jangan kureng. Gua adalah perempuan
yang tulen dalam masa yang sama seorang lelaki yang sangat maskulin." Gee
dah mula merapu.
"Hoi. Pergi ambil air sembahyang lah!
Merepek je dari tadi!" aku membaling Harrods bear yang ada di sudut meja
belajarku kepada mereka yang masih lagi melepak macam ular sawa atas katil.
"Aku dulu." Daniel terus masuk ke
bilik air.
"Teha, kau datang dari JB ke?" aku
bertanya perlahan kepada Fateha apabila Daniel sudah masuk ke bilik air.
Katanya, dia boleh jamak. Kiranya dia bukan dari INTEC lah. Mungkin dari Johor
Bahru, rumah ibunya.
"Tak. Dari Muar, rumah kakak aku."
"Best ah bilik kau." luah Gee dan
dia terus berbaring menelentang di atas katil dengan tangan menolak badan Tasha
dan Fateha yang turut duduk di situ.
Aku hanya tergelak melihat sikapnya. Sangat
keanak-anakan walaupun dia dah besar panjang dan tak serupa perempuan. Pengkid.
Tomboy. Semua yang tak macam perempuan tu, dia lah!
Labels: When Tomorrow Comes
| next page