Time changes everything, even you and I have changed

*ABRIELLE DOMINIQUE
Assalamualaikum. Abrielle Dominique is a writer who looking forward in a peace world. She is full time dreamer but a part time writer. It's up to you to find the beauty in the ugliest day. Guess what??? Imperfection is beauty yaw. Make love not war. Peace.
-That's me
Love is not a mere sentiment. Love is the ultimate truth at the heart of creation


*Something.. UNDERNEATH
Something.. UNDERNEATH 2

Forget how much it hurts and try again


*When Tomorrow Comes
When Tomorrow Comes 1 When Tomorrow Comes 2 When Tomorrow Comes 3

Template by Elle @ satellit-e.bs.com
Banners: reviviscent
Others: (1 | 2)


“Abrielle Dominique's Blog”
June 2013

When Tomorrow Comes 1
Tuesday, 4 June 2013 || 21:25

Surat tawaran aku genggam lama. Senyuman lebar hingga ke telinga. Sungguh aku bahagia! Gembira tak terkira.

-----

Aku mengerutkan kening. Apa hal pula ni? Macam bermasalah je ni. Masa aku nak pergi ni, aku malas pula nak tahu, nak fikir masalah keluarga. Wajah semuanya muram. Langsung tak menyambut kepulanganku. Aku mendengus perlahan.
"Kenapa ni?" tanpa salam, terus aku bertanya. Terus ke hadapan, malas hendak berbasa-basi. Aku harus mengemas barang. Jangan sampai ada yang tertinggal nanti.
"Nak pergi jugak ke New York tu?" soalan mama buat aku mengeluh. Hal ini lagi! Asyik-asyik ini yang diungkit mereka. Risau sungguh jika aku tidak dapat menjaga diri di New York City tu nanti. Tahu lah aku bagaimana hendak hidup disana. Tahu lah aku bagaimana hendak terus berkembang disana. Lagipun, ini impianku! Sejak kecil lagi, aku asyik termimpikan Columbia University. Aku betul-betul impikan kehidupan sebagai seorang pelajar architecture di Columbia University, Broadway, New York.
"Mama, berapa kali nak kena cakap. Itu impian Amal sejak dulu lagi! Dah la, enough. Don't ever talk about it again. It's my life and my decision." aku menjawab keras. Penuh dengan amaran dan terus aku berlalu ke bilik. Malas hendak berlama di ruang tamu. Pasti ada sahaja yang akan mereka cakap tentang New York. Pergaulan bebas, masalah sosial, kos hidup tinggi, risiko keselamatan terancam dan banyak lagi! Sejak dari hari kedua aku mendapat surat tawaran sehingga hari ke 14! Langsung tak berhenti. Pasti ada sahaja bicara mereka yang buat aku merengus kegeraman.
Aku menghempas pintu kuat. Aku tersandar kelelahan di pintu. Sungguh aku penat dengan kerenah mama dan papa. Entah apa salahnya dengan impianku itu? Salahkah aku hendak pergi ke luar negara dan melanjutkan pelajaran di sana? Salahkah aku hendak buat praktikal dan bekerja di sana? Salahka aku mahu menetap di sana selepas ini? Tidakkah mereka tahu yang itu impianku sejak kecil? Aku sangat terluka dengan kisah lalu, salahkah aku hendak terus melupakannya dengan menetap di luar negara?

-----

Senyuman hambar terukir di bibirku buat mereka yang ada di ruang tamu. Kami semua berkumpul di sini untuk majlis doa selamat untukku berlepas ke New York dalam tempoh 4 hari lagi. Aku cuma mahu melayan tetamu di luar iaitu kawan-kawanku dari sekolah rendah dan sekolah menengah. Ada juga kawan-kawan dari INTEC Shah Alam. Beberapa orang kawan yang sempat aku kenal selama 4 bulan membuat persediaan di sana.

Aku tersenyum memandang Husna, kawan dari sekolah rendahku. Dia sedang berbual dengan Putri, kawan dari sekolah rendahku juga. Ada dua meja yang dipenuhi dengan kawan dari sekolah rendah. Semuanya seramai 17 orang, tak sangka ramai juga yang datang sebab kebanyakan mereka menetap di Kedah dan bukannya Shah Alam.
"Na, bestnya cerita." tegurku apabila merapatinya.
Dia tergelak kecil sebelum pantas bangun dan memeluk aku. "Lama tak jumpa hang."
Aku tersengih. Betul. Sejak berpindah ke Seremban, aku langsung tak berjumpa dengan mereka. Hanya sekali sekala berskype dan berwhatsapp.
"Jemput la makan. Kejap lagi aku datang sembang balik. Ada member besar datang." pelawaku dan terus berlalu dari meja itu.
Langkah kaki aku aturkan ke pintu pagar, terlihat keretanya tadi. Aku mahu menunggunya di sini. Biar aku orang pertama yang menyambutnya.
"Tunggu sapa?" tanya Tasha, sepupu yang sama umur denganku dan paling rapat denganku. Betul-betul punya kawtim sampaikan pergi tandas dekat INTEC tu pun, sama-sama.
"Agak-agak?" aku bertanya, nakal. Kening aku jongketkan sedikit.
"Daniel?" tekanya.
Aku mengangguk perlahan. Daniel Ariff, lelaki yang aku minati di INTEC dalam diam. Kawan sekumpulan yang aku tak pernah sangka aku boleh jatuh kasih dengannya. Wajahnya sangat garang, susah betul nak senyum tetapi kalau senyum, ya ampun, manisnya tak terkira! Macam mana boleh tahu? Semasa Puan Arfah memuji persembahan projek kami dan memuji ketuanya iaitu Daniel Ariff, ketika itu lah dia tersenyum. Saat itu jugalah, aku mula jatuh hati padanya.
"Tak apa lah, aku malas nak kacau. Kang tak pasal-pasal si Daniel tu jatuh hati dengan aku, bukannya kau sebab aku lawa sangat duduk tepi ni. Lemah iman dia! Aku pergi dulu lah. Ada Gee tu. Nak pergi berborak dengan dia. Lagi bagus lah dari berborak dengan Daniel yang macam bapak singa tu!" kata Tasha sambil tergelak.
Aku turut tergelak. Bapak singa? Bapak singa yang senyumannya manis mengalahkan gula!
"Eh? Tuan rumah ke penyambut tetamu ni? Boleh pulak berdiri dekat depan alam macam ni." sapaannya buat aku tersengih. Baru 3 minggu tak jumpa dengan dia, dah ada yang berubah. Dia dah tersenyum walaupun tak lah selebar mana. Tetapi, senyumannya nampak ikhlas dan sangat sopan.
"Bukan tuan rumah, tuan majlis." aku memperbetulkan ayatnya.
"Iye lah, lupa pulak. Encik Ahmad Zainuddin yang tuan rumahnya kan?"
Aku hanya mengangguk.
"Dah berapa banyak bersembang ni, salamnya mana cik adik?" usikannya buat aku termalu sendiri.
Yalah, dah banyak yang kami bualkan, tetapi tiada siapa pun yang memberi salam. Baik dia mahupun aku.
"Jangan lah perli. Orang terlupa lah. Human error, itu pun nak kecoh." aku menutup malu.
"Assalamualaikum." ucapnya.
"Waalaikumussalam. Jemput lah masuk. Tu meja budak-budak INTEC kita, pergi lah join. In case, kalau nak join lah, tapi, kalau rasa bosan, boleh lah ubah angin duduk dekat dalam."
"Duduk dekat dalam? Rasa macam menantu pulak." katanya-katanua tak seriusnya buat aku terkedu.
Menantu? Kalau cik abang sudi, cik adik bertambah lah sudinya! Aku menjerit di dalam hati. Indahnya kalau dia menghantar rombongan meminang sebaik sahaja aku selesai belajar di Nea York nanti. kalau dia pergi cari dekat New York, lagi bags! Lagi romantik!
"Kenapa?" soalnya, tiba-tiba.
"Kenapa apa?" aku menjawab soalannya dengan soalan. Tak faham maksud soalan sebenarnya ni.
"Kenapa senyap tiba-tiba?"
"Sebab tengah berangan." aku menjawab berani.
"Berangankan apa?"
"Berangankan Tuan Muda Daniel Ariff ni jadi menantu bongsu keluarga Encik Zainuddin." aku tergelak kecil. Seronok mengusiknya walhal itu perkara yang sebenar. Memang aku berangankan dia tadi.
Dia juga tergelak tetapi tak lama kerana dia memulangkan paku buah keras kepadaku. "Kalau tak terniat takkan nak berangan."
Aku menggeleng kepala perlahan. Mungkin aku jatuh kasih, jatuh hati pada dia tetapi akal warasku masih menguasai minda di bawah sedar tadi. Menguasai, mengawal dan menerapkan setebal-tebalnya kepada dinding-dinding minda di bawah sedarku itu supaya jangan terbawa-bawa. Pelajaran masih lagi menduduki carta pertama dalam hati dan minda ini. Apa yang ada dengan cinta kalau sudah ada cita-cita?

Tetamu semuanya sudah beransur pulang kecuali beberapa teman rapatku iaitu Gee, Daniel dan Fateha. Kami masih berbual di meja tanpa ada seorang pun yang mengungkit pasal 'nak balik'. Tasha juga bersama kami. Sibuk berbual dengan Gee, Teha dan Daniel. Cepat betul mereka kawtim. Aku cuma mula rapat dengan mereka apabila aku ditugaskan untuk menyiapkan projek bersama mereka dalam kumpulan yang diketuai oleh Daniel. Lepas itu, kebanyakan kelas, aku lebih selesa berkumpulan dengan mereka apabila pensyarah memberi kebebasan untuk memilih rakan kumpulan. Pasti aku akan memilih mereka.
"Where is the washroom?" tanya Daniel, perlahan kepadaku.
"Come. I will show you." kataku dan aku terus berdiri.
Kami berjalan beriringan masuk ke dalam rumah. Namun, tiada siapa yang bersuara. Senyap tiba-tiba. Padahal di meja tadi, masing-masing berbual tak ingat dunia. Gee dan Tasha pula bercakap macam bertih, meletup-letup dalam kadar yang sangat cepat. Laju sahaja ayat yang mereka keluarkan.

"Eh, aku nak solat lah." kata Gee sambil bingkas bangun.
"Aku pun." kata Daniel sambil turut berdiri.
"Aku boleh jamak." Fateha bersuara. Dia hanya duduk santai tanpa menunjukkan ciri-ciri yang dia akan berdiri atau meninggalkan tempat itu.
"Jom lah sekali. Kau nak duduk sorang ke?" Tasha menarik tangan Fateha.
Fateha turut berdiri dan kami semua melangkah masuk ke dalam rumah.
"Bilik sapa ni?" tanya Gee apabila aku membuka pintu bilik.
"Bilik aku lah." aku menjawab sambil tangan mencapai suis lampu.
"Orang tak ada. Air-cond dengan kipas terpasang. Kau bela hantu ke?" tanya Fateha sebaik sahaja dia masuk ke bilikku.
Aku tergelak kecil sambil menggeleng. Mana ada hantu. Jangankan bela, tengok pun aku tak pernah.
"Dia mana pernah tutup air-cond dengan kipas." kata Tasha sambil melabuhkan duduk di atas katil.
"Gila ah." Gee memberi komen.
"Orang kaya, kan?" Daniel mula menyinis aku.
Aku buat isyarat hendak menumbuknya dan dia tergelak.
"Tutup lah pintu tu. Buat apa kau buka?" aku bertanya kepada Daniel apabila perasan dia tidak menutup pintu bilikku.
"Aku segan lah nak tutup pintu. Nanti orang ingat aku buat apa lah dengan budak perempuan yang bertiga ni."
"Lah. Kan Gee, ada? Dia kan laki." Tasha menjawab selamba.
"Pengkid tu bukan mampu buat apa pun dekat korang." selamba Daniel mencantas hujah Tasha yang tak patut tu.
"Hoi. Jangan kureng. Gua adalah perempuan yang tulen dalam masa yang sama seorang lelaki yang sangat maskulin." Gee dah mula merapu.
"Hoi. Pergi ambil air sembahyang lah! Merepek je dari tadi!" aku membaling Harrods bear yang ada di sudut meja belajarku kepada mereka yang masih lagi melepak macam ular sawa atas katil.
"Aku dulu." Daniel terus masuk ke bilik air.
"Teha, kau datang dari JB ke?" aku bertanya perlahan kepada Fateha apabila Daniel sudah masuk ke bilik air. Katanya, dia boleh jamak. Kiranya dia bukan dari INTEC lah. Mungkin dari Johor Bahru, rumah ibunya.
"Tak. Dari Muar, rumah kakak aku."
"Best ah bilik kau." luah Gee dan dia terus berbaring menelentang di atas katil dengan tangan menolak badan Tasha dan Fateha yang turut duduk di situ.

Aku hanya tergelak melihat sikapnya. Sangat keanak-anakan walaupun dia dah besar panjang dan tak serupa perempuan. Pengkid. Tomboy. Semua yang tak macam perempuan tu, dia lah!

Labels:


1 SAID SOMETHING
| next page