Time changes everything, even you and I have changed

*ABRIELLE DOMINIQUE
Assalamualaikum. Abrielle Dominique is a writer who looking forward in a peace world. She is full time dreamer but a part time writer. It's up to you to find the beauty in the ugliest day. Guess what??? Imperfection is beauty yaw. Make love not war. Peace.
-That's me
Love is not a mere sentiment. Love is the ultimate truth at the heart of creation


*Something.. UNDERNEATH
Something.. UNDERNEATH 2

Forget how much it hurts and try again


*When Tomorrow Comes
When Tomorrow Comes 1 When Tomorrow Comes 2 When Tomorrow Comes 3

Template by Elle @ satellit-e.bs.com
Banners: reviviscent
Others: (1 | 2)


“Abrielle Dominique's Blog”
June 2013

When Tomorrow Comes 2
Tuesday, 4 June 2013 || 21:42

Aku berbaring dengan senyuman lebar terukir di bibir. Sungguh aku bahagia. Boleh dikatakan, sangat bahagia. Malam ini ialah malam terakhirku di Malaysia. Aku akan berlepas ke New York pada esok hari, pada pukul 8:30 pagi. Aku dah tak sabar-sabar nak sampai di sana. Tak sabar-sabar nak belajar di negara orang pula. 
Bunyi Xylophone yang datang dari iPhone yang aku letak di atas meja belajar buat aku mengeluh. Haih, baru nak berangan kejap. Dah ada yang menganggu. Aku bangun dengan malas dan tangan aku terus mencapai iPhone. Whatsapp dari Daniel Ariff. Apa pula mamat ni nak malam-malam macam ni?

Assalamualaikum. Just a lil reminder for my dear beloved classmate.
I wish you the best for your studies in NYC. Please have Brilliant certificate for each project and plan. Please focus for the angle at the second living room and the bathroom. Please fix your bugs with calculus. You really need to expert in calculation of area, angle and width. Don't afraid to use your creativity, take a risk or you will never know what is the best. Find something different and use it in every single project. Make it as a sign of Amal Hanani's creation.
Take care. Take care of your health, studies, and of course, your Iman. Hope to hear from you soon. 4 years is quite short, I can't wait to see you be the most talented architect. 

Terharu aku dengan pesanannya. Pesanan seorang ketua yang sangat cekap dalam menyiapkan kerja dan mendidik anak buahnya. Memang betul kata Puan Julia, Daniel Ariff terlalu sempurna untuk segalanya. Dia sangat cekap dalam kalkulus, daya kreativitinya sangat tinggi, citarasanya dalam setiap binaan yang dilakukan, jelas menunjukkan bahawa binaan itu dilakukan oleh seorang yang ringkas tetapi sangat berkeyakinan. 
Tak hairan lah semua pensyarah yang masuk ke kelas kami, lasti akan memuji Daniel melangit-langit. Sekali lagi, betul kata Puan Julia, masa depannya dah terlihat begitu cerah. Aku juga sebenarnya beruntung, berpeluang membuat projek bersama dengannya dan belajar untuk mengembangkan daya kreativitiku. Kalkulus, jangan cakap lah. Dia sentiasa mengajarku. Betul-betul seorang ketua yang sangat berdedikasi. Aku betul-betul beruntung berkesempatan belajar dengannya. 

Waalaikumussalam. For your information, your lil reminder is not just a reminder, it is such a precious gift. 
I'm glad to have a friend like you. Thanks for your wish and also please pray for me and my studies. I will try my best to fix all my bugs with calculus, angle and bla bla bla. Thanks for your concern.
I wish you 'good luck' for your further studies in Germany. May Allah bless. Take care and please, don't forget to smile. 
Make love not war. Peace. :)

Aku slide send dan pesanan itu selamat sampai kepadanya. Betul. Dia sangat berbakat. Moga-moga aku akan menjadi sepertinya bila tiba di New York nanti. Sangat berkeyakinan dan terus berkembang dari masa ke semasa.
Tak sangka aku ada kawan sebaiknya dalam masa 3 bulan ini. Sangat prihatin dengan kelemahanku iaitu mencari sudut yang tepat dalam ruang yang kecil juga beberapa masalah kalkulus. Semoga dia akan terus berkembang maju dalam bidang seni bina ini.

-----

Aku tersenyum kepada mama dan papa. Mama menangis dan papa hanya tersenyum sahaja. Bagaikan langsung tak kisah. Nak kisah apanya? Dia masih ada empat orang anak lain yang perlu dia risaukan. Anak-anak yang masih perlukan belaian dan duit yang banyak untuk menanggung mereka. Adik-adik tiri yang aku tak pernah tahu nama dan hanya setakat mengecam wajah mereka, langsung tak ada di sini. Bagus lah, aku tak mahu jumpa mereka. Aku betul-betul tak sukakan mereka. Isteri kedua dan ketiga papa, seorang pun aku tak berkenan! Mengada-ngada! 

Aku memeluk mama erat. Aku akan rindukannya walaupun kasih sayangnya kepadaku hanya secebis jika hendak dibandingkan sayangnya kepada butiknya di Damansara. Bila aku nak berlepas ke New York, baru dia menunjukkan bibit-bibit kasih sayangnya. Itu pun bibit kasih sayang yang buat aku bengang. Kasih sayang yang menghalang aku untuk pergi ke New York.
"Mama take care. Jaga butik tu elok-elok. Mana ada anak lain dah selain butikntu. Anak yang ni nak pergi NYC dah." aku mengusik mama dan mama tergelak kecil.
Kepalaku diusapnya perlahan. "Amal jaga diri. Mama tahu lah nak jaga diri dekat sini. Don't worry."
Aku hanya mengangguk dan aku melepaskan tangan mama yang aku genggam sejak dari tadi. 
Melangkah masuk ke dalam balai berlepas tanpa berpaling lagi. Masa depanku di sana. Masa silamku di sini.

-----

Aku tergelak kecil dengan lawak Prachtisyha. Rakan serumahku yang seorang ni, memang riang dan ramah mesra orangnya. Ada sahaja bicaranya untuk buat aku ketawa. Dia seorang gadis berambut hitam keperang-perangan dan anak matanya berwarna coklat. Tingginya hanya melepasi bahu aku. Dia seorang Kristian yang berasal dari Nepal dan menetap di Brisbane sejak 14 tahun yang lalu. Hanya itu yang aku tahu tentang dirinya sejak 2 hari aku tinggal bersama dengannya di rumah sewa kami ini. 
Ada lagi 3 orang gadis yang tinggal bersama kami. Giordana, Stephanie dan Melanie. Stephanie dan Melanie merupakan adik-beradik kembar. Berasal dari New Zealand dan menetap disana selama hayat mereka setakat ini. 
Giordana pula seorang gadis berambut merah, berdarah Itali tulen dan menetap di Venice dari kecil sehingga berumur 15 tahun. Kemudiannya, dia berpindah ke Indonesia kerana ayahnya ditukarkan kerja ke sana. Gembiranya bukan kepalang apabila mendapat tawaran untuk belajar di New York. Katanya, dia betul-betul rindukan negara barat. Dan, aku hanya tersenyum mendengarnya. Aku sendiri pun begitu. Rindukan negara barat yang tak pernah aku jejaki sejak kecil.

Aku mengemas pakaianku, menyusunnya ke dalam almari. Biar tersusun dan teratur, senang aku nak ambilnya nanti. Bunyi iPhone dari atas katil, menarik perhatianku. Segera aku bergerak ke katil yang bersaiz queen. Mengambil iPhone yang berbunyi. Nama mama terpapar di skrin.
"Assalamualaikum sayang." sapa mama lembut di hujung talian.
"Waalaikumussalam mama." aku menjawabnya. Senang bila mama mengambil berat tentangku. Dulu, bila aku pulang dari sekolah, hanya Mak Pah yang menemani aku. Dia yang akan menemani aku makan di meja makan, mendengar segala coletehku tentang ragam kawan-kawanku di sekolah sepanjang hari. 
Petangnya pula, dia akan menemani aku di bilik tidur sehingga aku melelapkan mata. Malamnya, dia yang akan menyiapkan beg dan bukuku apabila aku ada kelas tuisyen. Balik dari kelas tuisyen, baru lah aku akan berjumpa dengan mama. Itu pun kalau mama tak sibuk dengan majlis-majlis VIP. Sejak bercerai dengan papa, mama makin berjaya dalam perniagaannya. Mama berjaya mendapat gelaran Dato' selepas setahun berpisah dengan papa. 
Bila difikirkan semula, memang betul aku berkongsi kasih sayang mama dengan butik-butiknya. 
"Dah kemas barang semua? Dekat mana ni?" mama bertanya, lembut.
"Tengah kemas lah ni. Tak sempat nak kemas semua semalam. Penat betul duduk dalam plane. Sekarang ni, dekat Morningside Heights, rumah sewa." 
"Housemate semua baik tak?"
"Baik lah! Prachtisyha, Stephanie, Melanie, Giordana. Amal sebilik dengan Prachtisyha. Orang Nepal tapi dia dah duduk lama dekat Brisbane." aku mula bercerita. 
"Tak ada orang Malaysia?"
"Tak. Dah masuk kelas nanti, ada lah kot jumpa orang Malaysia." 
"Okay then. Mama nak bersiap pergi majlis Aunty Dayana Amal tu, anak ketiga dia baru balik dari Chicago." 
"Aunty Dayana? Oh. Kirim salam lah dekat Aunty dengan Iqbal. Kalau ada Imran, Irfan, Ikram, kirim salam sekali lah." aku berpesan kepada mama. Aunty Dayana, kawan baik mama sejak dari dulu lagi. Kata mama, sejak dari zaman universiti lagi. 
Imran, anak sulung Aunty Dayana. Dah kerja dekat Mega Triton Holdings sebagai human resources manager. Anak kedua, Irfan. Masih belajar dekat Paris. Lama betul dia belajar dekat sana. Kata mama, dia asyik sambung belajar. Kerja tak pun. Anak ketiganya, Iqbal. Baru balik Chicago, jadi arkitek jugak tu. Tua 4 tahun dari aku. Ikram, anak bongsu Aunty Dayana. Baru nak masuk universiti tahun ni. 
Imran dengan Iqbal memang baik dengan aku. Cumanya, masa aku nak berlepas ke New York, Imran ada kerja dekat Hong Kong dan Iqbal baru dalam flight balik dari Chicago. Aku boleh rapat dengan Imran bila dia datang duduk rumah aku masa dia kecil-kecil. Aku pun kecil lagi masa tu. Tapi, boleh ingat lah yang kami sama-sama lari pergi main buaian dekat depan rumah. Dia duduk situ sebab mama papa dia sibuk, macam aku jugak. 
Iqbal pulak, mungkin sebab dia sebaya dan dia banyak cakap. Buat aku rajin nak pergi beramah mesra dengan dia. Dia pun rajin nak beramah mesra dengan aku. Selalu singgah rumah untuk lunch sama-sama dengan aku yang baru balik sekolah masa tu.
Tengah aku syok teringat dekat Aunty Dayana dan anak-anaknya, Prachtisyha masuk. 
"Why?" aku bertanya apabila melihat dia tersenyum lebar.
"Come. We want to go to Manhattan Mall. Let's join us." ramah Prachtisyha mengajakku.
"Okay." cepat aku memberi persetujuan. Teringin jugak nak tengok shopping mall dekat New York ni.


Labels:


1 SAID SOMETHING
previous page | next page