Time changes everything, even you and I have changed

*ABRIELLE DOMINIQUE
Assalamualaikum. Abrielle Dominique is a writer who looking forward in a peace world. She is full time dreamer but a part time writer. It's up to you to find the beauty in the ugliest day. Guess what??? Imperfection is beauty yaw. Make love not war. Peace.
-That's me
Love is not a mere sentiment. Love is the ultimate truth at the heart of creation


*Something.. UNDERNEATH
Something.. UNDERNEATH 2

Forget how much it hurts and try again


*When Tomorrow Comes
When Tomorrow Comes 1 When Tomorrow Comes 2 When Tomorrow Comes 3

Template by Elle @ satellit-e.bs.com
Banners: reviviscent
Others: (1 | 2)


“Abrielle Dominique's Blog”
June 2013

Something.. UNDERNEATH 2
Tuesday, 4 June 2013 || 21:31

Sebaik sahaja kaki menjejakkan tanah bumi Malaysia, terus aku hirup puas-puas udara yang berada di sekelilingku. Rindu. Sebelas tahun lamanya meninggalkan Malaysia tanpa sekali pun pulang. Wajah baba dan mama aku lihat, gembira sekali. Mungkin gembira kerana kali ini mereka pulang bersama anak bongsu kesayangan mereka.

**********

Satu persatu wajah di ruang tamu itu, aku pandang. Semua wajah di sini, masih aku ingat dengan baik. Apatah lagi wajah-wajah sepupu baba yang seringkali ber'skype' denganku apabila ada masa terluang. Satu demi satu tangan aku salam dengan penuh hormat. Masing-masing kelihatan gembira sekali. Setelah lama tidak berjumpa, siapa yang tak gembira?

Natasha Nureen di hadapanku aku pandang lama dengan senyuman di bibir. Sepupu yang sama umur denganku, yang paling rapat dan juga yang berkongsi minat yang sama.
"Yna!" jerit Tasha lantang. Kami berpelukan, lama. Aku tahu dia menangis. Belakangnya, aku usap perlahan. Sudah lama kami tidak berjumpa, hanya sekadar 'skype'.

Penat aku berjalan di sekitar Sungai Petani. Dah banyak yang berubah. Jalan pun makin sibuk. Ramai betul orang sepanjang aku membeli-belah dengan Tasha sebentar tadi.
"Diaorang semua balik bila?" ramai lagi yang tak sampai dekat Kedah ni sebenarnya.
"Malam ni diaorang sampai. Diaorang bertolak tengahari ni."
"Awal kau balik. Tak ada kelas ke?"
"Ada. Esok, pukul 12 tengahari. Ni, aku balik pun sebab nak jumpa sepupu aku yang dah sedekad tak jumpa." Tasha tersenyum sambil mengerling aku. Memang betul pun dah sedekad tak berjumpa. Sedekad dan setahun, tak berjumpa.

Aku dan Tasha meniarap di atas katil. Sama-sama menonton 'The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2' di Macbook Air milik aku. Dah berkali tengok, tapi tak pernah bosan. Masih tersenyum bila tengok Edward ajar Bella cara nak berburu, masih tergelak bila tengok Bella marah Jacob sebab imprin Renesmee. Keterujaan yang tak pernah berubah walau tengok beribu kali.

"Diaorang dah sampai. Turun lah." suara Aiman di muka pintu mengejutkan kami berdua. Aku terus menekan 'space' untuk 'pause' filem kegemaran yang sedang ditonton.
"Kacau lah. Tak boleh nak feel." rungut Tasha lalu turun dari katil sambil tangan laju mengemaskan rambut yang sedikit bersepah akibat meniarap sebentar tadi.
"Kejap lagi kita sambung. Don't worry." aku turun dari katil sambil tangan mencapai pengepit rambut yang ada tepi macbook. Harus lah dikepit rambut ni, kalau tak serabut je nak bersalam dengan rambut panjang macam ni tanpa dikepit.

'Ramainya!' Dah lama tak tengok keluarga berkumpul dan akan mengakibatkan jumlah yang sebesar ini. Ada dalam 20 orang yang baru sampai. Aku dan Tasha turun beriringan sambil senyuman manis di bibir. Semua orang kami salam, yang ibu saudara baba, cium pipi aku. Ya, nampaknya semua rindu dengan aku. Ada jugak dua tiga orang yang aku tak kenal. Tak ada makna dua tiga orang, dalam sepuluh orang jugak aku tak kenal rasanya. Rasanya, diaorang pun tak kenal aku jugak sebab nampak sangat diaorang 'awkward' nak balas senyuman aku. Uh, tiba-tiba aku rasa terasing pulak sebab ramai yang tak kenal aku dan ramai yang aku tak kenal.

"Tak nak makan?" Aunty Juliana tanya aku masa aku nak pergi masuk dapur. Masa tu, keluarga Aunty Juliana tengah makan dekat ruang makan. Banyak betul meja dekat ruang makan ni. Ada lah dalam 5 meja yang ada 6 kerusi setiap satu. Ye lah, keluarga besar kan? Kena lah meja pun banyak jugak. Tapi, tak kisah lah sebab tingkat 1 ni memang untuk ruang orang makan je, dengan dapur. Tingkat 2, tempat lepak-lepak keluarga, tempat tetamu. Tingkat 3, baru bilik. Dalam rumah ni ada 6 bilik tidur dan 6 bilik air. Rumah renovate 100% kan? Tak adah hal lah nak buat macam mana pun.
"Dah makan dengan Tasha tadi." aku senyum dekat dia lepas tu terus masuk dapur. Aku ambil air dan tuang ke dalam gelas. Sementara nak habiskan air, aku duduk dulu dekat kaunter yang ada tak jauh dari peti ais. Aku terus buka tudung kaca yang lutsinar bila tengok ada kek coklat yang dah dipotong sebahagiannya ada bawah tudung tu. Capai sepotong, letakkan dalam piring yang memang dah tersedia dekat tepi kek coklat ni dan ambil sudu yang memang dah ada sebelah piring. Nampak sangat, memang nak suruh orang makan. Duduk dan terus makan! Tak payah susah-susah nak pergi ambil piring, sudu segala. Lama betul aku tak makan kek coklat macam ni. Asyik makan cheesecake je dekat mana pun. Jangan cakap New York, Dubai pun sama naik je. Cheesecake ada merata!
"Give me a slice, please?" aku pandang lelaki tu. Tinggi. Berkulit sawo matang dan wajahnya nampak manis dengan senyuman.
"Take it." laju tangan aku mengangkat tudung kaca.
"Er, can I know, who are you? I never see you before. I don't mean to be rude." lelaki itu tersenyum lalu mula menyuap potongan kek coklat yang ada di dalam piringnya dengan sudu.
Dan, ya, terasa asing! Senyuman aku pamerkan kerana tak mahu dia serba-salah. "Kenal tak Encik Mohamad Zarif? I'm his daughter. The youngest."
"Oh. Abang Zarif. I'm his cousin's son. I don't know that he had a second daughter. I thought he just had one."
"Who are your father? I live with my mother in Milan, before." aku cuba terangkan sebaik mungkin. Aku rasa dia takkan faham kisah hidup aku yang berbelit-belit ni. Tapi, tak apa lah. Bukannya penting pun kisah hidup aku untuk dia tahu. Tak menarik pun, malah, lagi banyak pelik. Aku tanya siapa ayah dia sebab aku rasa, aku kenal ayah dia. Orang yang dah umur sebaya baba, memang aku kenal sebab masa aku kecik-kecik, aku selalu pergi rumah diaorang dan diaorang sepupu baba. Mesti lah, aku kenal. Yang muda-mudi macam lelaki depan aku ni, yang aku tak kenal. Mungkin sebab masa tu, diaorang dah besar sikit dari dan aku tak rapat dengan diaorang. Bila dah besar sikit pulak, aku dah pindah Milan.
"Hanafi."
"Oh. I knew him! I always go to his house when I was young. But, yeah! When I am 9 years old, maybe, he move out to Australia. Right?"
"Yes. We move out around January in 2007 and move in back around September in 2014."
"Ouh. I go to Milan to live with my mother in 2011. I did not return to Malaysia after that. You know, this is the first time I returned after eleven years I live abroad." rancak aku berbual dengannya. Bagaikan dah lama berkenalan. Sebenarnya, bukan lama berkenalan tetapi dia salah seorang keluarga aku dan aku selesa berbual dengannya. Aku tersenyum padanya. Hidungnya mancung, bibirnya merah dan nipis, matanya redup, dan ya, dia sangat kacak. Completely, he is my taste! Tiba-tiba miang aku dah datang. Hahaha, aku gelak dalam hati. Apa lah, dengan keluarga sendiri pun nak menjadi aku ni. Mana nak campak Brayden yang paling kacak bak kata madre mia tu? Dan, tiada siapa dapat menafikan kenyataan itu. Sememangnya Brayden lebih kacak berbanding dengan lelaki di hadapanku ini. Rambutnya blonde, matanya bewarna hijau.

**********

"He's got blonde hair and green eyes! He is amazing!" terjerit Amira di sebelah kiriku. Aku tergelak. Wallpaper Macbook kami tatap lama. Wajah Brayden dan aku jelas terpampang disitu. Brayden memakai t-shirt berwarna hitam dan jaket berwarna kelabu bersama skinny jean berwarna hitam. Rambutnya gaya cool mohawk. Manakala aku memakai t-shirt putih dan dikenakan dengan jaket pendek paras pinggang bewarna coklat muda yang berlengan panjang dan kolarnya bertakuk berduri yang bewarna keemasan. Aku memakainya dengan skinny jean bewarna hitam. Rambut blonde yang pada masa itu masih hanya paras dada, aku lepaskan dan meletakkannya sebahagian daripadanya di hadapan belah kiri dan belah kanan manakala yang lain di belakang. Latar belakang gambar itu ialah Eiffel Tower. Ketika itu, kami bercuti bersama dengan beberapa orang sepupu kami yang lain.
"He's got blonde hair and green eyes." perlahan Liyana yang berada di sebelah kananku pula memberi komen. Ayat yang sama dengan Amira. 
"He is Italian, it's normal." aku pantas menjawabnya.
"Yeah, I know! I want him!" jerit kedua dua mereka, serentak.
Aku tergelak. Brayden, tiada siapa yang dapat menafikan kacaknya dia. Kebaikan dan keramahannya memikat hati semua orang terutama madre mia. Brayden, anak kesayangan dan satu-satunya anak Aunty Agnella. Wajahnya seiras dengan Aunty Agnella sebagaimana aku seiras dengan madre mia. Lain pula ceritanya dengan anak anak Aunty Abriana, wajah mereka tidak seiras dengan Aunty Abriana. Rambut mereka juga tidak bewarna blonde sebagaimana rambut aku dan Brayden. Rambut mereka bewarna perang dan mata mereka bewarna coklat. Tidak seperti aku yang mempunyai sepasang mata bewarna biru mengikut madre mia dan nonna. Manakala Brayden mempunyai mata bewarna hijau mengikut Aunty Agnella dan nonno.
"Hai, anak gadis. Tak nak tolong kami memasak ke?" sinis suara perempuan di hadapan kami. Kami tersengih. Memang malas kami masuk dapur. Mengelat dari kerja dapur kerana kami anak dara yang masih belum habis belajar. Lain lah dengan Amira, sudah bekerja dan bertunang dan akan melangsung perkahwinannya bulan hadapan. Untung aku pulang ke sini, dapat juga menghadiri majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung tidak lama lagi itu.
"Alah, kami, kan, anak gadis. Tak perlu lah memasak." jawab Liyana perlahan. Wajah Fatinni di hadapan, kami pandang dengan senyuman manis yang sentiasa terukir di bibir.
"Siap kan lah dirimu dengan kepakaran memasak. Baru boleh jadi menantu mithali nanti." Fatinni memandang aku dengan Liyana silih berganti. Tidak ditumpukan kepada Amira kerana Amira sudah punya bakal mertua yang senang akan sikapnya. Kami? Entah ada ibu mertua atau tidak!
"Jom, keluar. Shopping sikit." Tasha yang baru turun tangga dari tingkat tiga terus bersuara.
"Jom!" serentak aku, Liyana dan Amira menjerit. Tergelang Fatinni di hadapan kami. Kami tergelak. Tak pernah rasa bersalah kerana tidak memabantu kerana bukannya tidak ada orang gaji tapi isteri isteri keluarga ini lebih suka memasak sendiri jika mereka berada di rumah agam ini. Kalau semuanya sibuk, baru lah orang gaji yang akan mengambil alih dan tukang masak mengetuai gerakan di dapur.

Aku pantas mengambil dress sleveless bewarna hitam paras peha yang menampilkan tiga tona manik yang sedikit berkilauan di bahagian hadapan dan kosong sahaja di bahagian belakangnya. Berleher bulat dan menutup sehingga ke tulang yang berada di bawah leherku. Tidak terlalu terdedah dan melampau bagiku. Manik yang sedikit berkilauan, tidak akan menyebabkan semua mata terarah kepadaku sepanjang aku berjalan di shopping mall nanti. Ianya juga tidak mendedahkan dada dan bagiku, itu sangat sesuai untuk digayakan di mana sahaja. Tidak kira di New York, Milan, Dubai atau pun Malaysia. Aku selesa berpakaian begini. Sopan dalam masa yang sama nampak elegan. Itu gayaku kini dan di masa hadapan, kata madre mia suatu ketika dahulu. Dia yang menyuruh aku berpakaian begini dan mengajar aku segalanya tentang kecantikan. Berjalan lurus dan penuh dengan keyakinan, tidak perlu senyum berlebihan, hanya cukup senyuman yang nipis. Mata mencerun jika tidak suka dan hanya guna isyarat mata untuk menyatakannya. Tanda tegas.
Beg Prada bertali panjang berwarna cream dan campuran merah, aku capai. Memang beg ini lah yang aku bawa sepanjang aku berada di Malaysia 2 hari lepas. Kasut bertumit 3.9 inci aku ambil di belakang pintu. Aku hanya membawa dua pasang kasut pulang ke Malaysia. Satunya kasut bertumit tinggi ini dan satu lagi sandals yang bewarna kuning terang. Cadangku, ingin berbelanja sepuas-puasnya di Malaysia bersama Tasha dan Liyana.

Kami berjalan bertiga beriringan. Amira tidak menyertai kami kerana tunangnya akan datang ke rumah. Tadi, dia hanya duduk melepak bersama kami sambil 'mencuci mata' dengan melihat gambar Brayden. Cepat sahaja aku terasa. Kalau ada kekasih, memang susah nak bergerak ke? Tunang, apatah lagi. Suami? Silap-silap, hari hari hanya memandang wajahnya. Lantas, aku tersenyum sinis sendirian. Nyata, aku tidak perlukan lelaki yang mengongkong hidupku. Dan, walaupun setelah bertahun kepergian madre mia, aku tetap bahagia dengan kehadiran keluarga lain. Kehadiran Aunty Abriana dan Aunty Agnella yang selalu menyokongku sudah cukup buat aku bahagia. Tidak perlukan kasih sayang lelaki lain lagi.

"Shila!" jerit Liyana dan Tasha serentak. Gadis di hadapan kami yang ingin melangkah masuk ke Starbucks itu terus menoleh ke arah kami. Dia tersenyum manis. Aku tidak kenal gadis di hadapanku ini. Mungkin dia kawan sekolah Liyana dan Tasha, kerana dulu, mereka sekolah sama memandangkan Liyana tinggal bersama keluarga Tasha untuk jangka masa yang agak lama.
"Liya, Sha. Lama tak jumpa korang." sapa gadis itu mesra lalu terus memeluk badan Liyana dan Tasha dengan kejap dan, lama. Dia hanya bersalaman sambil memberitahu namanya dengan aku. Aku hanya mengangguk. Namaku disebut oleh Tasha dan dia memperkenalkannya aku sebagai sepupu 'jauhnya'. Aku terasa. Bukankah kami rapat selama ini? Walaupun aku di New York, tapi paling kurang 2 hari sekali, pasti kami ber'skype'.

"Alone? Let me accompany you." seorang lelaki yang tiba-tiba datang mengambil beg kertas di tanganku aku, bersuara. Aku hanya tersenyum memandang wajahnya. Faris di hadapan aku pandang. Nampak santai dengan kemeja bewarna putih dan lengan kemejanya disentengkan. Seluar slack bewarna hitam, dan ya! Dia memakai kasut kerja. Mungkin ada kerja yang baru diuruskannya sebentar tadi.
"I'm with Tasha and Liyana, actually. But, they are busy with their old school friend." perlahan aku menjelaskannya. Kami berjalan beriringan dan berjalan di sampingnya, buat aku rasa pendek walaupun tinggiku 5 kaki 8 inci. Dan, ditambah pula dengan kasut 3.9 inci ini, memang aku menjadi semakin tinggi. Tapi, berjalan di sebelahnya, tetap buat aku rasa pendek. Kalau berjalan dengan Brayden, aku tidak lah rasa begini kerana tingginya boleh dicantas dengan ketinggian kasut tumit tinggiku yang 4 inci. Tetapi ini?! 3.9 inci, masih belum cukup untuk menandingi ketinggiannya.

Kami berjalan sambil berbual mengenai Tasha dan Liyana. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang menolak tubuhku sehingga aku hampir terjatuh dan pantas, Faris memegang tangan kananku untuk membantu aku mengimbangkan badan kerana aku betul betul hampir jatuh dengan tolakan kasar lelaki itu. Huargh! Aku dah lah pakai kasut tinggi ni, boleh pulak dia main tolak-tolak. Tolak sikit boleh ampun lagi. Ini?! Buat malu aku je nak terjatuh depan Faris, nasib baik keluarga sendiri, anak Uncle Hanafi dan, dia abang kepada Amira. Sedikit sebanyak aku tidak lah terlalu malu kerana dia seorang keluarga, bukannya seorang kekasih. Kalau tak, harus aku terus balik rumah naik teksi sebab tak sanggup menanggung malu yang teramat sangat.
"Sorry." berebut lelaki itu meminta maaf denganku. Tangan kananku digenggamnya tanda betul-betul minta maaf.
"Eh. Tak apa. Bukannya jatuh." aku berkata perlahan sambil tersenyum nipis. Tapi, selepas itu, baru aku tersedar yang ayatku seperti menyindirnya.
"Jangan salah faham dengan ayat saya tadi. I mean it. It's okay." aku memperbaiki keadaan dengan ayat baru dan terus aku menarik perlahan tanganku dari genggamannya.
"Again, my bad. Sorry." terus dia berlalu dengan wajah yang serba salah tetapi dimaniskan dengan sebuah senyuman yang, memikat.
"Are you okay?" Faris di sebelah, bertanya.
"Hmm." aku hanya menjawab perlahan. Rasa kekok berjalan apabila ditolak sebentar tadi. Rasa seperti semua orang akan menolak sebentar lagi.

Iphone 5 pantas aku keluarkan dan aku terus sahaja whatsapp Tasha menyatakan yang aku akan pulang dengan Faris. Tidak perlu risau, dan tidak perlu menungguku.
"Dah?" Faris bertanya apabila aku simpan semula iPhone 5 aku di dalam handbag.
"Done." kami berjalan beriringan pergi ke tempat parkir kereta. Aku membeli beberapa pasang kasut bertumit tinggi dan juga sepasang flats yang memudahkan aku untuk bergerak ke mana-mana seperti sneakers. Sebenarnya, aku hendak membeli boots juga tetapi tiba-tiba ada panggilan telefon dari pejabat Faris dan memintanya untuk pergi segera ke sana. Dan, aku? Aku fikir dia akan meninggalkanku sepertimana Tasha dan Liyana lakukan tetapi sangkaanku meleset kerana dia mempelawa, mengajak, dengan beria-ia sekali. Motif? Jangan tanya. Aku tak tahu. Mungkin juga kerana dia risau aku bersendirian di tempat yang aku tak biasa.

**********

"Yes, Aunty Ab. I returned to Malaysia 2 days ago. Why?" wajah Faris di hadapan, aku pandang. Dan aku mengisyaratkan dengan tangan supaya dia masuk dahulu kerana dia ada urusan. Aku akan masuk kemudian.
"Take care." terus dia berlalu lepas mengucapkannya.
Aku hanya mengangguk mengerti.

Selepas beberapa lama disoal siasat oleh Aunty Abriana kerana aku pulang tanpa pengetahuannya dan ahli keluarga yang lain, aku melangkah perlahan masuk ke bangunan pencangkar langit yang berdiri megah dihadapanku.
"Can I know where is Faris's office?" terus aku bertanya selepas berbalas senyum nipis dengan penyambut tetamu.
"Fatin will show you the place." balasnya lembut dan seorang gadis yang manis bertudung dan berbaju kurung, keluar dari kaunter pertanyaan dan terus menunjukkan aku jalan ke bilik Faris.
"Cik ni, nak jumpa Encik Faris. Dia busy?" tanya Fatin kepada seseorang. Mungkin setiausaha Faris barangkali. Dia memandangku dengan senyuman manis. Cantik orangnya walaupun badannya sedikit gempal dan pendek. Kulitnya putih gebu dan matanya bundar. Tudung yang dipakainya kemas. Begitu juga dengan kemeja bewarna pink berjalur coklat dan seluar slack bewarna putih yang dipakainya.
"Busy, dia ada dekat bilik CFO. Tapi tadi, dia ada pesan kalau ada orang nak masuk bilik dia, benarkan aje."
"Miss, can I know what is your name?" tanya Fatin sambil tersenyum. Sopan sekali mereka berdua.
"Yna. You can just call me Miss Yna." pantas aku menjawab. Belum sempat mereka berdua berkata apa-apa, sudah ada suatu suara tegas yang menegur Nadia. Mungkin itu nama setiausaha Faris kerana dia menoleh ke arah suara itu. Suara siapa? Tidak pulak aku mengenalinya.
"Yna, come." suara tadi memanggil namaku pula. Terus aku menoleh ke arahnya. Dia tersenyum manis. Faris! Nyata, dia lebih 'kacak' jika bersuara tegas seperti tadi. Gatal betul aku!
"Have a sit." dia mempelawa aku duduk bila dilihatnya aku hanya berdiri. Rasa tidak selesa untuk duduk tanpa dipelawa sebenarnya. Aku duduk di sofa yang tersedia dalam bilik itu. Faris pula duduk di meja kerjanya. Dia tekun sekali menaip sesuatu di keyboard iMac dan kadangkala dia bercakap di telefon. Mata aku liar memerhati bilik yang luas dan kemas ini. Berwarna putih dan kelabu. Sofa yang aku duduki juga begitu. Sofanya berwarna putih manakala dua biji bantal yang ada di tepinya berwarna kelabu. Mata aku cepat sahaja tertancap pada rak buku yang ada di sebelah set sofa yang sedang aku duduki. Laju mataku memerhati tajuk tajuk buku yang ada di situ. Mana tahu jika ada buku yang aku berkenan. Boleh aku membacanya untuk mengelakkan kebosanan memandangkan iPhone 5 milikku kehabisan bateri selepas bercakap dengan Aunty Abriana tadi. Kalau tidak, boleh aku membaca e-book. Lantas, aku tersenyum. Aku bingkas bangun dan berjalan menuju ke rak buku itu. Buku Nine Minutes on Monday: The Quick and Easy Way to Go From Manager to Leader aku capai. Aku menigsyaratkan pada Faris yang aku ingin membaca buku ini dan dia mengangguk.

Aku hanya berdiam diri apabila Faris menjerkah stafnya kerana melakukan kesalahan. Sebenarnya, aku terkejut juga kerana sedang aku membaca dengan tenang, tiba-tiba Faris menjerit. Mujur aku tak ada masalah jantung, kalau tak mesti dah lama kena usung. Mataku tertumpu pada helaian buku yang aku baca dan aku langsung tidak hiraukan kemarahan Faris. Aku hanya membaca dengan tenang walaupun kadang-kadang dua tiga kali juga ayat yang sama aku baca kerana terasa otak tidak menyerap sepenuhnya apa yang aku baca disebabkan keadaan yang kacau-bilau sekarang. Perempuan itu menangis dan aku tak suka keadaan itu. Dia menangis tanpa henti dan tersedu-sedu. Buku di tangan pantas aku tutup. Untuk berlagak tidak ada apa-apa yang berlaku dalam pejabat itu, buat aku rasa bersalah kerana ada seorang perempuan menangis dan tangisannya menarik simpati aku.
"Dah. Dah. Cukup lah menangis tu. Tak ada siapa pun nak pujuk kat dalam ni. Do the best for this, and you can go now. Oh, yeah. Before you hand-in to your boss, check it around 2 or 3 times to make sure that there are no mistakes. Okay?" pantas aku mengutip kertas dan fail yang berselerak di atas lantai kerana dibaling Faris sebentar tadi lalu aku menyerahkan kepadanya dan menolaknya keluar dari bilik Faris. Tidak mahu Faris mengamuk lagi, dan gadis ini menangis lagi. Sudah merah matanya akibat menangis.
"Marah tu marah jugak. Kalau dia dah menangis, suruh dia cepat-cepat keluar. Tak rasa macam dayus ke bila perempuan menangis depan mata dan buat bodoh je?" aku berkata perlahan tetapi aku pasti ianya cukup kuat untuk sampai ke telinganya. Peduli apa aku kalau dia nak marah pun? Aku cuma menasihatkan dia walaupun sebenarnya ayat aku agak kasar.
Faris mendengus kasar dan terus menekan nombor di telefon yang ada di sudut meja kerjanya dengan kasar. Aku hanya buat tidak tahu dan duduk semula di sofa, lalu membuka kembali buku yang aku baca tadi.
Hampir dua jam aku menghabiskan masa di dalam bilik itu dan aku mengantuk sebenarnya. Suasana di dalam bilik ini sejuk. Cukup sejuk untuk buat aku rasa mengantuk walaupun ianya belum cukup untuk buat aku kesejukan. Berada di New York yang beriklim sejuk buat aku kembali ke Malaysia dengan ketahanan suhu sejuk yang mengagumkan kerana aku mampu tidur dalam bilik yang dibuka air-cond dan kipasnya sehingga ke pagi tanpa selimut. Sedangkan yang lain sudah terketar walaupun berselimut.
"Faris... jom lah, teman I lunch. Lapar ni." kata seorang gadis.
Pantas aku memandang jam Channel yang ada di pergelangan tangan sebelah kiri. Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang. Takkan tak makan lagi? Aku dengan Faris ni, lain lah kalau tak keluar lunch tadi pun sebab aku tak lapar dan Faris, dia ada banyak kerja.
"Pergi je lah. Kenapa dengan you ni? I banyak kerja lah. Tolong faham." kedengaran suara Faris yang tegas. Wajahnya langsung tak dialihkan dari skrin iMac. Dia kelihatan tekun sekali menyiapkan kerjanya sedari tadi.
"Please, jom lah." rengek si gadis itu lagi.
"I banyak kerja lah Ain."
"Please..." gadis itu masih merengek lagi sambil menghentak kakinya.
"I banyak kerja lah." Faris memberi alasan yang sama dan aku tergelak. Pantas mereka berdua memandang aku. Faris mengangkat kening bertanya.
"No. I'm reading something right here and it's funny." aku memegang tinggi iPod Touch 5th Generation untuk buat mereka yakin dengan alasanku. Sebenarnya, memang aku tergelak dengan keadaan ini. Gadis yang dipanggil Ain oleh Faris itu seakan tidak ada malu. Sudah berkali dia merengek, dan dah berkali juga Faris menolak pelawaannya itu. Tidakkah dia tahu yang tindakan Faris itu sebenarnya menunjukkan yang dia tidak mahu keluar ke mana-mana? Dia ada kerja yang banyak dan ianya perlu disiapkan hari ini juga. Dalam hati aku mengutuk-gutuk gadis itu kerana tidak malu merengek dan menghentak kakinya walhal ada orang lain di dalam bilik ini. Bukannya mereka berdua sahaja. Dan, aku sememangnya tidak pernah selesa dengan gadis yang bersikap begitu kepada lelaki.

**********

Aku melepaskan lelah di atas katil. Penat berjalan seharian dengan Faris. Lepas dia siapkan semua kerjanya, dia mengajak aku shopping di Queensbay. Dan, dia membayar semuanya yang aku ambil. Kerana? Katanya, sebagai permohonan maaf dia sebab buat aku terpaksa tunggu berjam-jam lamanya dalam bilik dia dan dengar segala benda yang tak patut. Aku gelak je bila dia cakap macam tu. Memang tak patut pun apa yang aku dengar. Rasa macam aku pulak yang balik negara barat. Tengok drama depan mata. Bukannya aku balik negara timur. Niat hendak berbaring aku batalkan apabila teringat yang iPhone 5 tidak dicas lagi. Aku terus bangun dan mengambil iPhone 5 dalam beg tangan lalu mengecasnya di tepi katil. Perut terasa lapar walhal baru tadi aku dan Faris makan Domino's Pizza.

T-shirt berlengan pendek yang berwarna merah aku sarungkan dan aku mengenakannya dengan seluar paras lutut berwarna putih. Mandi? Tak payah la nak mandi malam-malam ni. Sehari sekali pun belum tentu aku nak mandi sebenarnya kalau aku duduk New York. Itali, apatah lagi. Dua hari sekali baru mandi sebab aku hanya hidup dalam bilik dalam banglo madre mia je. Tidur, tengok tv, online, makan. Itu je yang aku buat kalau aku dekat Itali. Tak ada benda lain. Tak ada jumpa sesiapa dan aku selesa tak mandi sebab aku benci air. Dekat Malaysia, terpaksa lah mandi sebab aku selalu keluar dan orang lain, semua mandi. Rasa tersisih pun ada kalau tak mandi.

"Makan? Bukan tadi, baru makan?" tegur satu suara. Dia mengambil tempat di depanku. Pinggan yang berisi kek coklat diletakkannya di atas meja. Aku kehairanan. Banyak betul kek coklat dalam rumah ni ye? Asyik ada je. Takkan yang haritu punya tak habis lagi?
"Makan lagi. By the way, thanks sebab belanja tadi. Dah lama orang tak belanja macam tu." aku senyum sambil tangan meletakkan sudu dan garfu di atas pinggan. Aku dah habis makan.
"It's okay. Bukannya mahal mana pun." memang tak mahal pun. Setakat dua tiga ribu je dia habis harini untuk aku. Kalau syarikat tadi tu, dia punya. Memang lah dua tiga ribu tak banyak. Tapi, kalau dia kerja, aku rasa tu agak banyak tapi kalau dia kerja CEO, no hal lah kan setakat dua tiga ribu tu? Macam Aunty Abriana yang sanggup bayar kad kredit aku tiap-tiap bulan dan Aunty Agnella yang akan bank-in duit dekat aku tiap-tiap bulan yang melebihi keperluan aku. Diaorang kan, kaya. Apa nak kisah sangat? Diaorang mengambil alih tanggungjawab madre mia sebenarnya. Lepas madre mia meninggal, diaorang lah yang bantu aku kalau ada apa-apa. Segala keperluan aku, diaorang yang jaga. Tiba-tiba rasa rindu pada mereka. Aku pulang ke Malaysia tanpa memberitahu mereka kerana aku yakin mereka tak akan membenarkannya seperti mana madre mia dahulu. Tak apa lah, malam ni aku 'skype' dengan mereka.

Aku mengambil tempat di sebelah Tasha yang sibuk bercakap telefon. Macbook Pro aku buka dan pantas aku 'skype' dengan Brayden apabila melihatnya online. Lama juga aku berbual dengan dia. Menghilangkan rindu. Kami rapat. Kemana sahaja kami selalunya berdua. Dan kadang-kadang bertiga, dengan Aris. Aku berbual pula dengan Aunty Agnella. Bertanya itu ini. Minta maaf kerana aku pulang tanpa beritahu mereka dan berkongsi cerita dengannya mengenai Malaysia. Aku tidak dapat berbual dengan Aunty Abriana kerana dia masih belum pulang dari tempat kerja. Ya lah, di Milan. Baru pukul 6 petang.

Labels:


0 SAID SOMETHING
previous page | next page